Nama pelakon Aedy Ashraf dan Amelia Henderson trending di media sosial apabila video yang memperlihatkan Aedy melutut dan melamar Amelia untuk menjadi kekasihnya viral di TikTok.

Menerusi video berkenaan, kedengaran Aedy berkata: “Amelia Handerson, would you be my girlfriend?” tanya Aedy.

@luvforaedelia perghhhh kena accept crushh la aedy?❤#aedyxashraf #ameliath #blewup #kisahcintakita #foryoupage #tiktok #aedyamelia #amerlee #fyppppp #fypppppppppppppppppppppppppp #fypシ #fypage #xyzbca #foryoupage ♬ original sound - AedyAmelia

Sebaik sahaja Aedy bertanya soalan itu, Amelia menjawab: “Yes” sambil kelihatan Aedy berlari kegembiraan.

Difahamkan, video berkenaan dirakam peminat ketika menghadiri sebuah acara di Bukit Jalil baru-baru ini.

Meninjau pula ke laman Twitter, peminat memberikan respons positif terhadap video berkenaan.

“Aedy Ashraf and Amelia Henderson together?! Oh my God, my favourite ship,” tulis seorang netizen.

“Dia (Amelia) jawab ya selepas dua tahun menunggu. Tahniah kepada Aedy Ashraff dan Amelia Henderson!” ungkap seorang lagi netizen.

“Di manakah Aedy Ashraf saya. Watching Absolutfoodfest live gave me butterflies the entire time. Macamlah aku ni Amelia Henderson,” kongsi seorang peminat.

Keakraban kedua pelakon ini menjadi sorotan netizen selepas membintangi drama bersiri Kisah Cinta Kita tahun lalu.

Peminat memberi tanggapan bahawa mereka mempunyai hubungan yang istimewa kerana Aedy dan Amelia dilihat rapat dan mesra sungguhpun berada di luar lokasi penggambaran.