Vokalis Drama Band, Aepul Roza mengesahkan dirinya kini positif Covid-19.

Berita itu dimaklumkan Aepul menerusi akaun Instagramnya lewat malam tadi selepas dia menjalani ujian swab kali kedua di sebuah klinik swasta di Bangi.

"Dukacita dimaklumkan ujian swab kali kedua membawa keputusan positif. Isteri saya (Leez Rosli) negatif.

"Saya sudah mula menjalani kuarantin kendiri beberapa hari lepas dan menanti SOP seterusnya.

"Doakan kami sekeluarga, terima kasih," tulisnya.



Selain Aepul, drummer kumpulan Drama Band, Faeez Ikhwan turut positif Covid-19.

Memaklumkan khabar duka itu di Instagram, selain Faeez, isterinya, personaliti stesen radio swasta, Rea serta anak perempuan mereka, Dhia, turut positif virus berkenaan.

"Saya ingin maklumkan kami sekeluarga telah disahkan positif Covid-19.

"Setakat ini kami berada di rumah kami untuk proses isolasi. Doakan kami sekeluarga," tulisnya di Instagram.



Sementara itu, tulis Rea, suaminya merupakan salah seorang daripada kontak rapat kepada pesakit Covid-19.

"Berat ujian ini untuk kami terima kerana anak kami masih kecil dan tak tahu apa-apa.

"Kepada yang bertanya, Faeez ada close contact dengan kawan yang positif. Sabtu lepas dia bergejala batuk dan demam.
"Ahad dan Isnin Dhia demam dan Rea mula bergejala hari Isnin. So far kami dah makan ubat and consume vitamins, all of us are in good condition except Faeez masih batuk-batuk.

"Kami semua kuarantin di rumah dan masih menunggu panggilan daripada KKM," ujarnya.

A post shared by Rea Kool FM (@rea_koolfm)