Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Aeril Syukur Doa Makbul, Wawa Zainal Hamil Anak Keempat - “Tinggal Satu Je Lagi, Terima Kasih Sayang”

Mya Amri
27/08/2021 02:45 MYT
Pelakon, Aeril Zafrel memanjatkan rasa syukur kerana doanya untuk memiliki anak keempat kini sudah termakbul.
 
Aeril berkongsi berita gembira mengenai kehamilan isteri yang juga merupakan pelakon, Wawa Zainal menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya.
 
Menerusi coretan ringkas, Aeril berharap peminat dapat mendoakan agar urusan bersalin isterinya kelak dipermudahkan.
 
Selain itu, Aeril juga memaklumkan sekiranya diizinkan Tuhan, dia mahu memiliki lima orang cahaya mata.
 
“Alhamdulillah Ya Allah doa di makbulkan dapat baby nombor empat… Tinggal nak satu je lagi.
 
“Doakan semoga dipermudahkan urusan isteri saya bersalin tak lama lagi… Doa yang baik-baik ya. Terima kasih semua.
 
“Semoga @w4w4_zainal sentiasa dalam lindunganNya. Terima kasih sayang. Jangan tutup kilang dulu ya,” tulisnya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel)

 
Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2013.
 
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, dan Aya Soffya yang kini berusia setahun.
#Hamil #Aeril Zafrel #Wawa Zainal #Anak keempat #Syukur #Artis Hamil