HIBURAN
Aeril Zafrel Bimbang Keluarga Terkena Penyakit Ain - “Saya Tanya Sebab Lepas Hayla Dan Wawa…”
Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel menzahirkan kerisauan selepas isteri, Wawa Zainal dan anaknya, Hayla jatuh sakit semenjak perniagaan kek batik menjadi tular.
Menerusi satu hantaran di Threads, Aeril mengesyaki Wawa dan Hayla terkena penyakit ain.
Malah dia juga meminta pendapat orang ramai tentang penyakit ain.
“Korang pernah kena penyakit Ain? kata orang kalau nak elak jangan selalu upload gambar.
“Tapi kita ni buat business, memang kena upload gambar dengan produk juga. apa amalan korang untuk elak atau biar benda ni tak teruk?
“Saya tanya ni sebab lepas Hayla dan Wawa jual kek batik dan benda tu viral lately diorang asyik sakit,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan kesejahteraan Aeril sekeluarga malah turut berkongsi doa yang harus diamalkan untuk mengelak penyakit ain.
Sekadar info, Aeril mendirikan rumah tangga dengan Wawa Zainal pada tahun 2013.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa Attar, Ayya Sofia dan Muhammad Fahri.
Must-Watch Video