Pelakon Aeril Zafrel berang apabila sebuah portal melaporkan mengenai dakwaan kononnya dia telah memotong gaji pekerja dengan alasan tidak mencapai target jualan yang ditetapkan.

Aeril menerusi akaun Instagram miliknya menafikannya malah menyatakan dia dan isteri, Wawa Zainal turut memberi bonus kepada setiap pekerja.

“Kau dapat info dari mana ni betifulnara?? Aku ni siap bagi bonus lagi tahun lepas!!! gila punya statement!!!,” tegasnya.

Kenyataan Aeril bagaimana pun disokong oleh seorang pekerjanya yang menafikan dakwaan tersebut malah selama bekerja dengan syarikat perniagaan mereka, dia telah mendapat pelbagai manfaat.

“Dekat dua tahun kerja dengan mereka, setiap tahun dapat bonus, lepas tu bagi lagi duit zakat…then duit raya lagi..dengan anak saya pun dapat duit raya, bukan sikit ye banyak!

“Kemudian ada lagi bonus lepas launching big project. Kalau kira-kira macam lebih dari duit gaji.

“Tak termasuk lagi belanja makan. Masa mula-mula masuk seminggu tu tak keluar duit makan pun sebab lunch bos belanja.

“Sekarang bos bawa lagi staff pergi jalan-jalan ke luar negara…yang tu tak sempat merasa la,”
tulisnya di InstaStory.

Hantaran itu di muat naik semula (repost) oleh Aeril di InstaStory miliknya.

Sejak semalam, tular pendedahan daripada seorang individu di laman Twitter memberitahu pasangan popular telah menindas staf yang bekerja di syarikat mereka.

Bagaimanapun, identiti pasangan yang didakwa telah memotong gaji semua pekerja sebanyak 35 peratus dengan alasan tidak mencapai sales target dirahsiakan.

Meskipun tidak mendedahkan identiti majikan, namun rata-rata warganet memetik nama pasangan selebriti Wawa Zainal dan Aeril Zafrel berdasarkan bayangan atau hint seperti sweet couple, mempunyai keluarga bahagia dan ramai suka menonton video mereka di aplikasi TikTok.

A post shared by Aeril Zafrel (@aeril_zafrel)