Aeril Zafrel Pegang Perut Wawa Zainal Cetus Tanda Tanya Netizen - “Hint Baby 2023 Ke?”
Izwan Isa
04/06/2022 01:50 MYT
04/06/2022 01:50 MYT
Baru-baru ini, Wawa Zainal ada memuat naik sekeping foto bersama suaminya, pelakon Aeril Zafrel di Instagram.
Melihat pada foto yang dimuat naik, ia diambil ketika mereka berdua sedang bercuti di Bangkok, Thailand.
Menerusi foto yang sama, kelihatan Aeril seakan-akan memegang perut isterinya, sehingga menyebabkan netizen tertanya-tanya adakah Wawa kini sedang hamil anak kelima.
“Ok, I dah nampak,” tulis seorang pengguna Instagram di ruangan komen.
Wawa kemudiannya membalas: “Jangan tertipu, itu lemak…” tulisnya ringkas.
Bagaimanapun, jawapan Wawa itu tidak membuatkan netizen berhenti daripada bertanya atau mengandaikan bahawa dia kini sedang mengandung.
“Hint baby 2023 pulak ke?”
“Mengandung lagi ke cene tu?”
Sebelum ini, menerusi laporan media, Wawa membuat keputusan untuk membuang alat pencegahan kehamilan implan yang dipasang selepas melahirkan anak keempat selepas menerima kesan sampingan.
Wawa menjelaskan, disebabkan alat pencegahan kehamilan tersebut, kitaran haidnya menjadi tidak terkawal dan menyukarkan dirinya melakukan ibadah.
Wawa dan Aeril mendirikan rumah tangga pada 2013 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, Ayya Soffya, 2 dan Jibril Ibtisam yang kini berusia 7 bulan.