Laman Utama

Aeril Zafrel & Wawa Zainal Sempat Bercuti Di Langkawi Sebelum Bersalin, Netizen Teka Bakal Dapat Baby Boy?

Azwa Rahman
06/10/2021
07:56 MYT
Aktor kacak Aeril Zafrel mencuri perhatian wargamaya apabila berpeluang membawa isteri tercinta Wawa Zainal yang kini sedang sarat hamil bercuti ke pulau Langkawi.
Menerusi laman sosial Instagram, Aeril berkongsi voto romantis bersama Wawa yang kini hamil lapan bulan untuk tatapan umum.
“Bawak bercuti dulu. Before berpantang. Cuba teka boy or girl?” tulis Aeril di ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian itu, difahamkan percutian kali ini bukan sahaja disertai oleh anak-anak pasangan tersebut malah ejen-ejen jualan yang terpilih juga turut sama berada di Langkawi.
Selain foto romantis Wawa dengan perut yang sedang sarat, ramai wargamaya meneka pasangan tersebut bakal menerima kehadiran anak lelaki.
Baby boy la tu sebab pakai biru,” komen seorang wargamaya.
Cantik dan kacak, baby twins,” ujar seorang wargamaya.
Mummy berseri-seri ni mesti baby girl?” teka seorang wargamaya.
Rasanya baby boy. Coz mother nampak berseri-seri,” kata seorang wargamaya.
Cantiknya! Baby girl ka. Semoga dipermudahkan urusan Wawa nanti. Didoakan Wawa dan baby sentiasa sihat,” tulis seorang wargamaya.
Baby boy kot, yeah! Semoga lengkap sepasang family Aeril dan Wawa,” komen seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima lebih 135,000 tanda suka daripada pengikutnya.
Ogos lalu, Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 30, mengumumkan dirinya hamil anak keempat.
Terdahulu, Aeril dan Wawa pernah menggemparkan dunia hiburan dengan kisah perkahwinan senyap-senyap mereka sebanyak dua kali.
Hasil sembilan tahun bersama, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakharuddin Attar, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa, dan Aya Soffya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Tak Ada Sentuhan Atau Aksi Bukan-Bukan” - Abby Abadi

gempak
25/07/2024
02:08 MYT
Penyanyi dan pelakon, Abby Abadi tampil menjelaskan dakwaan netizen mengatakan dirinya kelihatan menggeletis dengan aktor, Aeril Zafrel.
Hiburan

Pernah Terjumpa Benda Mistik, Wawa Zainal Kongsi Ada Percubaan Runtuhkan Rumah Tangga?

gempak
18/06/2024
08:55 MYT
Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal tidak menafikan terdapat beberapa percubaan mengganggu rumah tangganya bersama suami, Aeril Zafrel.
Hiburan

"Rasa Macam Nak Terberanak" - Wawa Zainal Menggigil Tahan Sejuk, Ditampar, Ditendang Demi Abnormal Buas!

gempak
05/06/2024
06:46 MYT
Pelakon Wawa Zainal mendedahkan dirinya sedang hamil sembilan bulan ketika menerima tawaran berlakon filem Abnormal Buas.
Hiburan

Anak Autisme, Aeril Zafrel: "Kita Tak Berada Di Tempat Mereka, Anggaplah Itu Ladang Pahala"

gempak
01/06/2024
04:52 MYT
Aeril Zafrel menyeru orang ramai yang memiliki anak-anak autisme untuk segera mendapatkan rawatan sewajarnya.
Hiburan

"Saya Beruntung Ada Isteri Secantik Wawa" - Aeril Zafrel Tak Pernah Terlintas Nak Curang

gempak
05/05/2024
04:55 MYT
Pelakon dan usahawan popular Aeril Zafrel tidak pernah terlintas untuk mencurangi isterinya Wawa Zainal