Hiburan
Aeril Zafril Muat Naik Video Isteri Berwajah Tua - “Netizen Doakan Wawa Zainal Sabar”
Aktor Aeril Zafril mengusik wargamaya apabila memaklumkan dia mula bertemu janji dengan isterinya Wawa Zainal ketika usia pelakon itu mencecah usia 70 tahun.
Menerusi laman sosial Twitter, Aeril memuat naik sebuah video asal TikTok menampilkan wajah tua Wawa untuk tatapan umum.
“Kami mula dating waktu umur saya 20 dan dia masa tu umur 70.
“Umur bukan penghalang untuk kami terus bersama. Saya melamar dia untuk menjadi yang halal buat saya.
“Alhamdulillah sekarang anak dah tiga. Doakan kami guys,” tulis Aeril di dalam video tersebut.Umur bukan penghalang buat kami. Doakan kami guys... pic.twitter.com/Xundl0PRlb— AERIL ZAFREL (@aerilzafrel) August 4, 2020
Menerusi video berdurasi 13 saat itu, menunjukkan foto-foto dari zaman perkenalan mereka sehinggalah gambar terkini sewaktu menyambut hari raya Aidiladha.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya terhibur dengan usik Aeril tersebut.
Malah, ramai yang mengusik mendoakan agar isterinya diberikan kesabaran yang tinggi.
“Wawa tukar kunci rumah lepas ni jangan tanya kenapa,” tulis seorang wargamaya.
“Saya doakan Wawa sabar,” kata seorang wargamaya.
“Ni masa tidur kena tekup dengan bantal aku faham la sebab apa,” usik seorang wargamaya.
“Mak tengok ni mak, dia tak hormat orang bujang,” ujar seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 17,000 ribu tontonan setelah satu jam dimuat naik.
Sekadar info, Aeril dan Wawa, 28, mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa, 5, serta Aya Soffya yang lahir pada 1 Disember 2019.
Must-Watch Video