Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Aeril Zafril, Wawa Zainal Rancang Anak Ketiga Lima Tahun Lagi

Fiza Kamarudin 12/01/2017 | 13:07 MYT

Pelakon Aeril Zafril dan Wawa Zainal merancang untuk menambah zuriat ketiga mereka lima tahun dari sekarang.

Wawa ketika ditemui berkata, 2017 adalah tahun untuknya dan suami, Ariel memberi fokus kepada kerjaya lakonan mereka.
“Sudah lama rasanya saya dan Ariel meninggalkan dunia lakonan, jadi tahun ini kami akan all out bekerja.
“Yang terbaru, kami berdua bakal muncul dalam telemovie berjudul Biarkan Cinta Tersenyum Lagi yang bakal ditayangkan di Astro Ria, Sabtu ini.
“Menariknya telemovie ini adalah berdasarkan kisah benar dan saya sendiri gementar menantikan siarannya,” katanya.
Ditanya mengenai tentang cahaya mata ketiga, Aeril berkata mereka merancang tiga tahun untuk anak seterusnya.
“Buat masa ini kita handbrake sekejaplah kerana mahu fokus berlakon dahulu, lepas tiga tahun baru boleh fikir ‘kawan baru’ untuk Ahmad Fakharuddin Attar, 3, dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa yang baharu berusia setahun,” ujarnya.
Bagaimanapun Wawa tidak bersetuju dengan perancangan Aeril dan memberitahu Attar dan Hayla hanya akan mempunyai adik lima tahun dari sekarang.
“Eh! Mana boleh tiga tahun, lima tahun baru Attar dan Hayla boleh ada adik,” selorohnya.
Dalam pada itu, Wawa bersyukur kerana sepanjang tempoh lima tahun perkahwinannya, dia dan Aeril semakin serasi dan memahami antara satu sama lain.
“Alhamdulillah, kami diberi peluang melepasi tempoh lima tahun perkahwinan yang sukar dan penuh ujian.
“Walaupun tidak mudah untuk membina persefahaman, namun kami berjaya melepasinya,” katanya.
Kepada anda yang merindui lakonan Aeril dan Wawa, jangan lupa saksikan Biarkan Cinta Tersenyum Lagi, Sabtu ini pukul 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Lagi 3 hari guys.... sabtu ni .9 pm . Astro ria ... . Based on true story #biarkancintatersenyumlagi Pinjamkan aku sepuluh minit kamu,utk aku buktikan cintaku... . TAG kawan2 awak boleh????

A video posted by Actor & Fulltime baby sitter (@aeril_zafrel) on

#pelakon #Wawa Zainal #Pelakon #Aeril Zafril
;