AF Megastar: Kedudukan Bintang & Recap Komen Juri Malam Konsert Suku Akhir

Syafiqah Jalal
Oktober 9, 2017 01:45 MYT
Konsert AF Megastar yang telah sampai ke peringkat suku akhir berlangsung dengan meriah di Royale Theatre Shah Alam, malam semalam.
Bertemakan Ikon, lapan bintang AF Megastar yang bertanding telah memberikan persembahan hebat dan memukau.
Konsert minggu ini menyaksikan Amir Jahari buat pertama kalinya menerima anugerah persembahan terbaik, Star Of The Week hasil undian peminat sepenuhnya.
Amir Jahari membawa pulang eGiftCard daripada GoShop bernilai RM2, 000 serta sebuah trofi.
Sementara itu, Indah telah diumumkan sebagai peserta yang mendapat kedudukkan terendah secara keseluruhan sekaligus menyebabkan dia tersingkir pada malam tersebut.
Sebanyak 60 peratus markah telah diadili oleh juri tetap Datuk Ramli MS dan Syafinaz Selamat serta Puan Sri Tiara Jacquelina sebagai juri jemputan.
Selebihnya, 40 peratus adalah hasil undian iaitu AFUNDI menerusi laman web www.afmegastar.com.my serta khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada peminat.
Di bawah merupakan kedudukan bintang daripada markah keseluruhan dan komen-komen juri yang telah diberikan:
Bob, 57.3% - Balqis, Nirmala (Datuk Siti Nurhaliza)
"Saya masih tetap sukakan Bob dari Akademi Fantasia 2 hingga kini. Jadi Bob buktikan kebolehan awak dalam dua minggu sahaja lagi sebelum final ini," - Syafinaz Selamat
Marsha, 56% - Akhirnya Kini Pasti, Seksis (Anita Sarawak)
"Saya rasa ini persembahan kesukaan saya di antara yang lain. Persembahan awak sangat memukau dan awak ada pakej sebagai seorang penghibur, terbaik!" - Tiara Jacquelina
Idayu, 55.3% - Sangkar Cinta, Syurga Di Hati Kita, Menadah Gerimis (Ziana Zain)
"Awak ada suara yang bagus tapi ada beberapa perkara perlu diperbaiki. Selain itu, saya mahu awak fikir seperti pemuzik kerana tak semestinya semua perlu loud tapi keseluruhan bagus," - Syafinaz Selamat
Amir, 53.2% - Sepi Sekuntum Bunga Mawar, Pengemis Cinta (Ella)
"Awak ada bakat yang besar sebagai seorang penyanyi tapi saya mahu lihat yang lebih lagi daripada ini di peringkat suku akhir," - Tiara Jacquelina
Amir Jahari, 52.2% - Kau Di Hati Ku, Orak Arek (Zainal Abidin)
"Good job! Susunan muzik yang baik kerana lagu mash-up begini sebenarnya susah hendak dibawakan. Syabas sebab awak berfikir sebagai seorang pemuzik," - Syafinaz Selamat
Syamel, 46.3% - Umpan Jinak Di Air Tenang, Gelisah (Ahamad Jais)
"Lagu pertama meriah tapi kedua tidak pula. Joget perlu ceria manakala keroncong feel yang berbeza tapi saya akui memang susah nak bawakan lagu-lagu ni," - Ramli MS
Shahir, 34.4% - Jeritan Batinku, Di Mana Kan Ku Cari Ganti (P. Ramlee)
"Key awak menyanyi tadi tak sampai dan bila kamu terkehel dalam nyanyian pun saya boleh dengar tapi keseluruhan bagus lah," - Ramli MS
Indah, 22.6% - Gelora, Mari Jalan Bersama, Bila Larut Malam (Saloma)
"Gemersik suara Saloma tu ada. Nak sampaikan lagu dengan aura penyanyi asal itu sangat besar cabarannya dan awak perlu beri lebih lagi,"- Tiara Jacquelina
AF Megastar bersiaran secara langsung di Astro Ria (104) dan Ria HD (123), setiap hari Ahad, jam 9 malam.
Untuk menonton video persembahan bintang-bintang AF Megastar, layari www.gempak.com/af-megastar/video
AF Megastar juga boleh ditonton secara langsung di laman www.afmegastar.com.my
Jika mahu menonton koleksi konsert akhir Akademi Fantasia dari musim pertama hingga ke AF2013, boleh ke Astro On Demand (OD) dengan melayari www.watchod.com
Teks oleh: Syafiqah Jalal
#Akademi Fantasia #Indah Ruhaila #AF Megastar #Komen Juri