Pelakon dan penerbit, Datuk Afdlin Shauki akui tidak menggalakkan anak-anaknya terlibat dalam industri seni.
Menurut Afdlin, dia tahu susah senang sepanjang bergelar seorang artis dan ia tidak mudah seperti yang dilihat.
"Saya tahu susah senang bergelar seorang artis. Kejap di atas, kejap di bawah. Lagi-lagi bila dah berkeluarga, tekanannya agak kuat.
"Mereka tidak tahu apa yang saya sudah lalui, bagi mereka industri seni ini menyeronokkan.
"Saya sudah beritahu hal sebenar tetapi anak-anak tetap ingin mengikut jejak ayah dan ibunya.
"Jadi, ini adalah masanya untuk saya perbaiki industri supaya apabila anak-anak jejak kaki, mereka akan berasa selesa.
"Saya berasa lega apabila dengar Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) akan melakukan caruman Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (EPF) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO) untuk para pelakon.
"Benda-benda macam ini bagus untuk anak-anak kerana kebajikan mereka terjaga. Saya ingat kata arwah ibu saya, jika ingin berada dalam bidang seni, mesti jadi yang terbaik.
"Itu juga yang saya pesan kepada anak-anak saya," katanya kepada Gempak.
Afdlin ditemui ketika majlis pelancaran Disney Wizards Of Warna Walk yang diadakan di Bangunan Ex8, Subang Jaya semalam.
Tambah pengarah filem Buli ini, dia menginginkan anak-anaknya mempunyai satu kerjaya yang tetap.
"Saya suruh anak-anak saya untuk menjadi seorang doktor, jurutera, ahli perniagaan ataupun apa-apa kerjaya yang stabil.
"Namun, apa yang boleh dilihat sekarang, seorang anak minat muzik, seorang dah mula berlakon dan anak yang paling bongsu mula meminati muzik K-pop.
"Saya nampak anak-anak saya ke arah tersebut, darah seni mengalir dalam tubuh badan mereka," katanya lagi.
Buat pertama kalinya, Afdlin dan anak perempuannya, Mia Sara Shauki bergandingan bersama dalam Disney Wizards Of Warna Walk.
Selain Afdlin dan Mya, sitkom fantasi ini turut dibintangi oleh Emma Sofea, Idan Aeden, Carmen Soo, Zalif Sidek, Zain Hamid dan ramai lagi.
Disney Wizards Of Warna Walk akan mula ditayang pada hari Jumaat, 30 Ogos 2019 jam 1 petang menerusi saluran Disney Channel (Astro CH 615).
Zulaikha Yusof
Thu Aug 15 2019
Pasangan Jutawan Beri Harta, RM20 Juta Kepada Orang Awam Untuk Jadi Sami
Pasangan usahawan yang juga jutawan terkenal dari Gujarat, India sanggup melepaskan kehidupan mewah demi menjadi sami
"Tak Boleh Berhenti Senyum" - Kamal Adli, Uqasha Senrose Bakal Timang Baby Girl!
Kamal & Uqasha bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Penyanyi Lagu Sandiwara Cinta Jual Duku, Grup Repvblik Kurang Job
Kumpulan Repvblik pernah menjadi popular di Malaysia berkat lagu hit mereka, Sandiwara Cinta dan Selimut Tetangga.
Okey Dengan Ibu Tiri, Mia Sara Gembira Tengok Afdlin Bahagia - "Tak Ada Apa-Apa Perasaan Buruk..."
Setelah hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki akhirnya memperkenalkan isterinya, Datin Marcella secara terbuka kepada media. Sehubungan itu, Gempak sempat menemu bual anak kepada Afdlin Shauki iaitu Mia Sara berkaitan kemeriahan sambutan hari raya tahun ini bersama ibu tiri. Menurut Mia, dia menerima
Shiha Zikir Mohon Jangan Sibuk Tanya Soal Jodoh - "Kadang Kita Tak Tahu Apa Yang Seseorang Tu Tengah Hadap”
Jangan tanya soalan sensitif.
Sheriff: Raih RM6.4 Juta Dalam 3 Hari Tayangan, Netizen Kata - “Antara Filem Terbaik Pernah Ada Di Malaysia!”
Ramai yang nak tengok lagi sekali guys,.
Hantar 8,000 Surat, Pengintip Obses Harry Styles Dipenjara & 10 Tahun Tak Boleh Tonton Konsert
Seorang wanita yang mengintip dan terlalu obses dengan penyanyi Harry Styles telah dijatuhi hukuman penjara kerana sikapnya itu.
Sharifah Sakinah Enggan Fikir Soal Cinta - “Umur Saya Dah Berapa Nak Ada Boyfriend…”
Sakinah sentiasa terbuka mengenali seseorang.
Osman Ali Kecewa Hero Popular Tarik Diri Tiga Hari Sebelum Shooting - "Terpaksa Cari Pengganti"
Pengarah terkenal Osman Ali meluahkan rasa kecewanya apabila seorang pelakon popular yang sepatutnya menjadi hero kepada naskhah terbaharunya menarik diri saat akhir
“Saya Belum Layak Diberikan Gelaran Biduanita Negara” - Ziana Zain
Ziana kata dirinya masih belum layak.