Seiring kematangan usia pembabitan dirinya dalam industri muzik yang kini sudah mencecah 15 tahun, penghibur asal Indonesia, Afgan menjadi antara penyanyi yang kerap mengadakan konsert solo termasuk di Malaysia.
Justeru, kejayaan konsert Afgan Evolution Live In Kuala Lumpur yang diadakan pada Disember tahun lalu menjadi penanda aras baharu buat Afgan untuk terus berkarya dan menghiburkan peminat setianya di sini.
Disebabkan sambutan dan permintaan ramai, Afgan bakal kembali menggegarkan Kuala Lumpur menerusi Afgan Live In Concert With Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) di Plenary Hall, KLCC pada 2 Disember 2023.
BACA: Afgan Lalui Terapi Dengan Pakar Psikiatri - "Saya Alami Mental Block, Burn Out..."
Dibawakan secara eksklusif oleh penganjur, Renjana Idea, Afgan yang baru selesai menjayakan konsert Afgan Evolution Live In Jakarta, pada 1 Julai berkata, dia teruja dan tidak sabar untuk kembali ke Malaysja bagi menghiburkan seluruh peminat.
“Tidak dinafikan, Malaysia ibarat rumah kedua saya dalam berkarya. Setiap lagu saya diterima baik dan mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat. Apatah lagi setiap kali saya menjayakan konsert di Malaysia, peminat tidak henti-henti memberikan sokongan. Itu satu penghormatan buat saya.
“Sejujurnya, saya juga tidak menjangka penganjur sekali lagi memilih saya untuk mengadakan konsert selepas Afgan Evolution Live In Kuala Lumpur pada Disember tahun lalu. Namun, saya percaya mereka ada alasan tersendiri. Selain saya juga senang bekerjasama dengan mereka.
“Apa boleh dikatakan, untuk Afgan Live In Concert With Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) ini, ia sesuatu yang cukup mengujakan kerana buat pertama kali saya bekerjasama dengan pemuzik daripada Malaysian Philharmonic Orchestra.
“Apabila dimaklumkan mereka bersetuju untuk menjayakan konsert ini, bagi saya, it’s amazing! Tidak sabar rasanya untuk menghiburkan peminat nanti,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Renjana Idea, Aliya Arisya Anuar berkata, pihaknya berbesar hati kerana Afgan sekali lagi menerima pelawaan dan bersetuju untuk menjayakan konsert di sini.
“Kali ini kita mahu memberikan kelainan pada konsert Afgan. Tidak seperti dulu yang mana tahun ini persembahan Afgan akan diiringi oleh MPO. Saya pasti deretan lagu popular Afgan itu menjadi lebih hebat dengan iringan pemuzik MPO.
“Jadi, kepada semua yang tak dapat nak menyaksikan konsert sebelum ini, jangan lepaskan peluang untuk hadir pada Afgan Live In Concert With Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO). Kami menjanjikan persembahan hebat daripada Afgan,” katanya.
BACA: Oh, Ini Rupanya Sebab Kenapa Afgan Dah Tak Pakai Cermin Mata…
Berbeza dengan konsert sebelum ini, pada Afgan Live In Concert With Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) bakal menyaksikan Afgan menyanyikan lagu-lagu popularnya.
Menariknya juga, pada konsert ini turut menghiburkan peminat adalah penyanyi jemputan yang bakal diumumkan penganjur kelak.
Tiket menyaksikan konsert Afgan Live In Concert With Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) mula dijual pada 5 Julai 2023, jam 10 pagi, di GOLIVE-ASIA.COM.
Harga tiket bermula RM1488 (Lestari Merdu); RM998 (Panah Asmara); RM888 (Lenggang Puspita); RM588 (Heaven); RM338 (Knock Me Out); RM298 (M.I.A) dan RM258 (Bawalah Cintaku).
Izwan Isa
Mon Jul 03 2023
“Kenapa Sekarang? Kenapa Bukan Masa Kes Khalwat?” Didi Astillah Persoal Permohonan Maaf Ruhainies
Adik kepada Bella Astillah, Didi Astillah turut membuka mulut mengenai kemelut yang melanda kakaknya dan pelakon Ruhainies.
Sedar Berada Di Pihak Yang Salah, Ruhainies Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Bella Astillah
Lama mengunci mulut walaupun namanya hangat diperkatakan sejak ditangkap khalwat bersama suami kepada Bella Astillah, Aliff Aziz, aktres sensasi, Ruhainies tampil memberikan penjelasan.
Isu Individu Terpijak Paku Ketika Jogging, Netizen Syak Si Pelaku Pekerja Bengkel
Seorang individu mengalami kecederaan ketika berlari apabila ada individu lain yang tidak bertanggungjawab bertindak menanam paku di sepanjang jalan Rawang, Selangor pada Sabtu.
Sheriff: 9 Hari Tayangan, Kaut RM28 Juta! Siap Ada Yang Repeat, Tak Bosan Tonton Beberapa Kali
Cayalah Sheriff!
Sarah Yasmine Tetap Sudi Kahwin Aliff Aziz
Siapa Sarah Yasmine? Betul ke dia merupakan kekasih gelap pelakon dan penyanyi Alif Aziz?
Sarah Yasmine Dedah Nama Skandal Aliff Aziz Yang Lain??| Motif Trending
So, selama ni boyfriend Ruhainies yang tanggung semuanya? So Ruhainies ada 2 boyfriend la eh? Ke macam mana ni? Makin panas kisah skandal Aliff Aziz dan kekasih gelapnya, Sarah Yasmine ni. Ish pening lah! Jom layan dulu full interview sekarang.
GMW: Lancang Bethol
Eksklusif di semua platform Astro Gempak
#GMW: Lancang Bethol
#LancangBethol
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
GMW: Lancang Bethol
Eksklusif di semua platform Astro Gempak
#GMW: Lancang Bethol
#LancangBethol
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
Netizen Lega Sarah Yasmine Tak Kenal Nadhir Nasar - “Alhamdulillah Nadhir Clean"
Pendedahan yang dibuat Sarah Yasmine baru-baru ini mengejutkan ramai pihak.
“Nafkah Anak Tak Bagi Walaupun RM350, Dengan Alasan Sebab Ex Dah Kahwin” - Ubai
Suami kepada Shila Amzah, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli atau Ubai berkongsi satu hantaran mengenai nafkah anak di platform X.
“Aliff Suka Plan Date Dekat…” Individu Tanpa Nama Ini Dedah Lokasi Kegemaran Aliff Aziz Jika Mahu Berdating
Terbaharu, seorang individu tanpa nama tampil mendedahkan lokasi kegemaran Aliff Aziz apabila mahu ‘berdating’ dengan skandalnya.
Lelaki Selamba Bawa 10 Ekor Anaconda Dalam Beg Dari Thailand Ke India
Tanpa rasa takut, seorang lelaki membawa 10 ekor ular jenis Anaconda dalam beg yang dibawa naik ke pesawat sewaktu ‘terbang’ dari Bangkok, Thailand dan selamat mendarat di Bengaluru, India.