Bukan cerita baharu, tapi keakraban Rossa dan Afgan memang sudah lama menjadi buah mulut.
Meski demikian, kedua dua penyanyi popular Indonesia ini tidak pernah menafikan atau membenarkan dakwaan hubungan cinta mereka.
Penyanyi perempuan yang menyandang status janda sejak 2009 itu baru baru ini memberi komen terhadap hubungan akrabnya dengan Afgan yang terjalin lebih dua tahun lalu ini.
Menurut Rossa, dia sangat nyaman menjalin hubungan dengan Afgan yang berbeza usia lebih 11 tahun daripadanya. Apalagi, saat bersama Afgan, dia mampu melukankan tentang masalah asmara atau status janda dan ibu satu anak yang telah lebih 10 tahun disandangnya.
"Memang selama ini kami tidak pernah mengiya atau menafikan status hubungan kami. Apa yang pasti kami berdua adalah penyanyi dan punya reputasi yang besar saat ini," kata Rossa saat jumpa media sewaktu mengumumkan konsert Afgan Rossa The Concert 2021 secara virtual.
Wanita berusia 42 tahun ini kemudian mengaku apa yang dipercakapkan peminat adalah seperti doa buatnya.
"Kita tidak tahu ke depan. Jangankan kata esok, sejam lagi pun saya tidak tahu bagaimana dan ke mana hubungan ini akan berjalan.
"Jadi buat masa ini, kita jalani sahaja dulu. Doa yang baik baik buat kami," ujar Rossa seperti dipetik dari GempakId.
Pengakuan Rossa itu telah membuatkan Afgan yang berada bersamanya malu.
"Sudahlah," kata lelaki berusia 31 tahun itu tersipu malu.
Pelantun lagu Tegar itu kemudian menyambung selama akrab dengan Afgan, mereka tidak pernah melakukan gimik hanya untuk menarik perhatian umum. Segala yang terjadi, kata bekas isteri pemain dram Padi, Yoyo itu terjadi secara semulajadi.
"Tak ada gimik. Hubungan kami terjadi secara semulajadi. Kadang kadang saya minta Afgan tidak merenung saya di atas pentas sebab malu," akui Rossa.
Sementara itu, konser julung kali mereka ini akan diadakan secara virtual pada 27 Mac mendatang.
Menurut Rossa, idea menganjurkan konsert virtual bersama Afgan tercetus 2 minggu lalu dan akan berlangsung sekitar 1 1/2 jam hingga 2 jam dengan mendendangkan lagu antara satu sama lain mengikut susunan muzik baharu.
Instagram: @itsrossa910, @afganshah.rez
Maliah Surip
Thu Feb 18 2021
“Kalau Ada Jodoh Dengan Zul Ariffin Ada, Kalau Tiada Maka Tidak Ada” - Gayatri
Penerbit filem terkemuka tanah air, Gayatri Su-Lin Pillai masih tidak mengesahkan khabar angin bahawa dia adalah wanita yang disebut-sebut bakal menjadi isteri aktor popular, Zul Ariffin. Ketika ditemui Gempak, Gayatri masih merahsiakan status sebenar hubungannya bersama Zul. Menurut Gayatri, dirinya lebih selesa untuk berdiam diri dan berpegan
Tak Sangka Jadi Viral Hiburkan Geng Traffic Jammed, Aishah Terkejut - “Siap Ada Yang Pusing Balik Nak Tengok”
Siap ada yang pusing balik tau.
Datuk Red Mengaku Gagal Jadi Suami Yang Baik – “Orang Tengok Mungkin Senang Untuk Kahwin Dua Tapi Sebenarnya..”
Usahawan, Datuk Seri Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red akui telah gagal untuk menjadi seorang suami yang baik kepada isteri-isterinya.
Bella Astillah Dedah Sebab Kenapa Dia Ikuti Sarah Yasmine Di Instagram
Pelakon Bella Astillah tidak terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh wanita bernama Sarah Yasmine mengenai skandal yang terjalin bersama suaminya tempoh hari. Ujar Bella, wanita itu merupakan salah seorang individu dalam senarai 11 wanita yang pernah menjalinkan hubungan dengan Aliff. “Jujurnya saya tidak terkejut sebab nama dia ada dalam sen
Video Wanita Free Hair Dikucup Lelaki Didakwa Mirip Rossa Sera, Ini Penjelasan Tuan Badan! - “Itu Semua ..."
Bekas isteri pelawak Shuk Sahar, Rossa Sera baru-baru ini tular di media sosial selepas satu video wanita mirip seakan-akan wajahnya dilihat mesra dengan seorang lelaki. Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh akaun Instagram @rs92.jr, wanita itu dilihat tidak mengenakan hijab dan hanya memakai topi. Apa yang lebih menarik perhatian adalah a
Restoran Singapura Cari Penebar Roti Canai, Tawar Gaji RM5,000!
Percaya atau tidak, pekerjaan menebar roti jala mampu menjana pendapatan yang sangat lumayan… cuma anda perlu bekerja di restoran di Singapura!
Wanita Didakwa Kurung Suami Dalam Rumah 5 Jam Gara-Gara Tak Mahu Ikut Ke Kenduri, Amuk Baling Lesung Batu?
Seorang wanita didakwa telah bertindak mengunci suaminya di dalam rumah selama 5 jam gara-gara suaminya itu tidak mahu ikut serta ke kenduri.
Sambut Aidilfitri Demi Keluarga, Kaka Azraff Akui Terkesan Pemergian Ibu & Kakak - “Kita Yang Bersedih Kenapa Mereka Perlu Terkesan?”
Aidilfitri 2024 merupakan sambutan Hari Raya paling hiba buat penyanyi, Kaka Azraff apabila dirinya terpaksa menyambut lebaran tanpa dua insan tersayang iaitu ibu dan kakaknya. Berkongsi pengalaman tentang perayaan tanpa dua individu penting dalam hidup, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 35, mengakui sangat terkesan dengan pemergia
Tok Jalal minat Lisa Blackpink | Projek Bapak Bapak S3
Tok Jalal minat Lisa Blackpink wow.
Saksikan #TravelLawakBapakBapakS3 setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
Saksikan #TravelLawakBapakBapakS3 setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
Bakar Kucing Hidup-Hidup, Polis Sedang Buru Suspek!
Pihak polis sedang memburu tiga lelaki dipercayai suspek yang terlibat dengan kejadian membakar anak kucing hidup-hidup di tempat meletak motosikal Flat Seri Kenari, Kajang pada Selasa.