Selepas mengadakan konsert di Kuala Lumpur tahun lalu, Afgan bakal kembali mengadakan konsert untuk tahun ketiga berturut-turut di negara ini menerusi Konsert Inspirasi - Afgan Live di Kuala Lumpur 2019.

Konsert tersebut bakal diadakan pada 5 Oktober 2019 (Sabtu), 8.30 malam bertempat di HGH Convention Centre, Kuala Lumpur.

Bertemakan 'Inspirasi', konsert ini bertujuan untuk menyuntik semangat, memberi ilham dan berkongsi sumber inspirasi pelantun lagu 'Jodoh Pasti Bertemu' dalam mengharungi cabaran sepanjang hidup dan pembabitan beliau dalam industri.

Selain itu, konsert ini juga bakal menampilkan artis jemputan yang merupakan idola Afgan sendiri iaitu Datuk Sheila Majid.

Tiket konsert telah dijual bermula 25 Jun (Selasa) dan boleh didapati pada harga RM299 (Silver), RM599 (VIP) dan RM1200 (Royal Box).

Berita baik buat peminat Afgan, pembeli terawal berpeluang menikmati diskaun sebanyak 15% untuk pembelian tiket kategori VIP, Gold dan Silver dan tawaran ini adalah terhad. Manakala pembeli tiket Royal Box bakal menerima pas Meet and and Meet dan minuman ringan sebelum konsert.

Jangan ketinggalan mendapatkan tiket konsert untuk menyaksikan sebuah persembahan yang bakal meninggalkan momen manis dan indah buat semua!

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari https://proticket.com.my/inspirasi2019-afganliveinkualalumpur.