HIBURAN
Afgan Kenang Pemergian Titiek Puspa - “Bakal Rindu Panggilan Random…”
Penyanyi terkenal Indonesia, Afgan meluahkan rasa sedih diatas kehilangan seniwati lagenda Indonesia, Titiek Puspa.
Menerusi satu hantaran di Instagram, kehilangan pelantun lagu Kupu-kupu Malam itu amat dirasainya dan menyatakan bakal merindui panggilan dari Titiek yang sering bertanya khabar.
“A life beautifully and meaningfully lived. Rest in love, Eyang Titiek. Thank you for being the light and love we all so deeply needed. Bakal kangen telfon random dari Eyang yang mau cuman mau nanyain kabar aku. 😢
“You carried the weight of our country in your heart—always thinking of the people, especially the children. Your only wish was to make a difference, to leave this world better than you found it. And you did. Because you were in it, the world was indeed a better place,” tulisnya.
Terdahulu, Titiek dilaporkan menerima rawatan selepas pengsan sewaktu menjalani rakaman program di Lapor Pak Trans 7 pada 26 Mac lalu. Allahyarham kemudian dirawat di hospital sama sehingga meninggal dunia.
Sekadar info, Titiek Puspa telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 87 tahun selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak pada bahagian kiri kepala di Hospital Mrdistra, Jakarta Selatan pada 10 April 2025.
Pemergiannya telah meninggalkan duka yang mendalam buat rakan-rakan selebriti dan juga seluruh peminatnya di Indonesia.
Must-Watch Video