Hiburan

"Afieq Sentiasa Ada Ketika Susah Senang" - Wani Kayrie

gempak
Asraf Aided
26/06/2020
08:07 MYT
Sponsor Banner
"Afieq Sentiasa Ada Ketika Susah Senang" - Wani Kayrie
Penyanyi dan bintang Dansa Dan Sing, Wani Kayrie akui masih tidak mempunyai teman istimewa.
Menurut Wani, dia lebih selesa untuk mengutamakan privasi jika dia bercinta suatu hari nanti.
"Buat masa ini, saya masih belum ada teman istimewa, saya cuma fokus pada kerjaya dan pelajaran sahaja.
"Tetapi, jika saya bercinta suatu hari nanti, saya lebih selesa untuk mendiamkan perkara itu dan tidak menunjuk-nunjuk kepada orang ramai.
"Lebih elok saya diamkan sahaja, kerana kadang-kadang, kita tak tahu mungkin ada pihak yang kurang senang jika kita menunjuk-nunjuk," katanya kepada Gempak.
Ditanya mengenai hubungan dengan penyanyi Afieq Shazwan, Wani menjelaskan mereka hanya berkawan baik.
"Saya anggap Afieq sebagai kawan baik saya sendiri kerana dia sentiasa ada ketika susah dan senang.
"Kami banyak berkongsi ilmu dan saling membantu dalam pelajaran, meskipun kami belajar bidang yang berbeza, tetapi ada sahaja perkara yang kami kurang faham dan akan bertanya sesama sendiri.
"Tambahan lagi, saya dan Afieq belajar di tempat yang sama, ia memudahkan lagi kami untuk saling membantu," katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Wani bakal tampil dengan sebuah single baru tidak lama lagi.
Difahamkan, Wani kini sedang dalam proses untuk menghasilkan buah tangan terbaru buat para peminatnya itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024