Afiq Rahim Tak Tolak Jika Ada Cooking Show Bersama Adikfoods - “Segmen Anak Beranak Seronok, Boleh Dengar Celoteh Mama”
Personaliti media sosial, Afiq Rahim tidak menolak sekiranya diberi peluang untuk mempunyai rancangan masakan sendiri bersama ibunya yang juga merupakan seorang pempengaruh, Faezah Sufian atau lebih dikenali sebagai Adikfoods.

Menurut Afiq, dia sangat berbesar hati sekiranya ada rezeki untuk melakukan rancangan masakan sendiri.
Mengulas mengenai masakan, Afiq berkata sudah pasti mereka berdua mempunyai cara berbeza namun itu tidak menjadi satu halangan untuk memasak bersama ibunya.
“Secara jujurnya kami berdua ada set pemikiran masing-masing dan juga watak tersendiri. Cara berfikiran itu saya boleh katakan agak berbeza.
“Memang benar ada berlaku perselisihan pendapat kadang-kadang bila bekerja, benda seperti ini sudah menjadi sebahagian daripada rutin kerja.
“Tapi kita kena ingat juga siapa diri kita, dengan siapa kita bekerja bersama sebab yang paling penting, hati mama pun kena jaga juga,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Afiq dan Adikfoods merupakan calon Top 20 Gempak Most Wanted Awards bagi kategori Digital Creator (Foodies) Tergempak 2024.
ARTIKEL BERKAITAN:Amelia Henderson Tak Reti Masak? Afiq Rahim Penyelamat? | Motif Trending
ARTIKEL BERKAITAN:#GMW: Amelia Henderson Masak Telur Thai Omelette Dengan Afiq Rahim, Lagu ‘Pujaanku’ No Syatu Minggu Ini!
ARTIKEL BERKAITAN: #FoodiesLife: Foodie Hawker Awards 2024 Iktiraf Penjaja Tempatan! - "Ia Menjadi Anugerah Untuk Rakyat Dari Rakyat"
Terdahulu, Afiq dan Adikfoods merupakan antara pempengaruh kesayangan ramai yang sering berkongsi resepi masakan mudah di media sosial.
Pasangan anak dan ibu ini juga disukai ramai kerana karakter yang ramah selain coleteh mereka ketika beraksi didapur walaupun mempunyai konten sendiri di media sosial masing-masing.