HIBURAN
Afreena Suhaimi Didakwa Curang & Hubungi Bekas Isteri Along Cham Antara Punca Jatuh Lafaz Taklik - “Saya Ada Bukti…”
Pelawak dan pelakon, Along Cham mendedahkan tiga punca yang menyebabkan jatuh lafaz taklik terhadap isterinya iaitu Afreena Suhaimi.
Hubungi bekas isteri
Menurut Along, salah satu puncanya adalah Afreena telah menghubungi bekas isterinya iaitu Zila berhubung soal anak mereka sejak Jun tahun lalu.
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Along Cham Enggan Komen Dakwaan Wujud Lafaz Rujuk - “Rujuk Lisan Ke Rujuk Batin Ke, Biar Mahkamah Tentukan”
ARTIKEL BERKAITAN: "Mana Tak Naik Darah Saya?" - Along Cham Kesal Isteri Enggan Mengaku Pernah Berlaku Lafaz Rujuk
“Antara amaran yang saya beritahu dia adalah jika awak berhubung dengan bekas isteri saya, kongsi lokasi sekolah anak, maka jatuh talak satu. Dia kongsikan lokasi sekolah anak saya dengan bekas isteri.
“Dia hubungi bekas isteri, dia cari Zila dengan alasan naluri sebagai seorang ibu. Saya sudah beri amaran banyak kali, tetapi dia tetap mencari. Sedangkan anak kandung sendiri dia tidak mengaku anak.
“Saya difahamkan mereka berhubung sejak Jun 2024. Tidak tahu apa niat dia, berkemungkinan sebagai pemberi maklumat,” kata Along.
Along memaklumkan perkara itu dihadapan Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Muhamad Nazri Basrawi semasa sesi soal jawab bersama penguamnya iaitu Muhammad Akmal Amzan pada prosiding kedua pengesahan lafaz cerai taklik pada Selasa.
Curang & belakangi suami
Bukan itu sahaja, Afreena turut didakwa berlaku curang dan membelakanginya dalam beberapa urusan.
“Curang itu adalah menipu saya dan saya ada bukti dia curang. Dia juga selalu buat keputusan sendiri tanpa pengetahuan saya.
“Semua perkara tersebut berlaku, dan saya ada bukti. Saya tidak mahu kemukakan bukti awal sebab nanti defanden (Afreena) serang mereka,” ujarnya.
Dalam masa sama, pihak Along juga ada mengemukan bukti rakaman audio yang mengatakan Afreena sedar bahawa mereka pernah rujuk selepas berlaku cerai luar mahkamah pada Julai 2023.
Bukti rakaman audio
“Ya dia tahu (sudah rujuk) dan dia sudah maklumkan kepada sababat baik dan sekeliling dia. Saya ada bukti (rakaman audio),” katanya.
Mahkamah kemudian menetapkan 3 Julai ini untuk tarikh sebutan semula bagi pengesahan lafaz cerai taklik pasangan terbabit.
Terdahulu, Afreena mendedahkan rumah tangga mereka sudah mempunyai masalah sejak dua bulan berkahwin.
Sebelum ini, Afreena mendakwa pernah berlaku lafaz cerai di luar mahkamah pada Jun tahun lalu.
Along dan Afreena mendirikan rumah tangga pada 4 April tahun lalu. Ini juga juga perkahwinan kedua Along selepas bercerai dengan bekas isteri, Zila Saeron pada September 2016.
Hasil perkongsian hidup, Along dikurniakan anak lelaki, Ahmad Daniel, 14, yang kini di bawah jagaannya.
Sumber - OhBulan!