Penyanyi Aril Pilus dimasukkan ke hospital selepas mengalami masalah radang kulit.

Aril memaklumkan perkara itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya hari ini.

Menurut Aril dia terpaksa diasingkan daripada pesakit lain memandangkan masalah yang dihadapinya itu boleh menyebabkan jangkitan pada orang lain.

“Malam tadi saya terpaksa diasingkan dalam hospital akibat mengalami masalah radang pada kulit yang agak serius.

“Radang ni boleh mengakibatkan jangkitan pada orang lain. Jadi terpaksa la duduk wad sorang-sorang dalam lima ke tujuh hari.

“Kawasan radang ni di bahagian belakang pinggang hingga ke bahagian atas peha kanan, dan bahagian bawah perut dan di depan peha kanan bahagian atas,” coretnya.

Dalam pada itu menerusi hantaran yang sama juga, Aril memohon doa orang ramai berkenaan dengan kesihatan dirinya.

“Insya-Allah, doakan saya semoga cepat sembuh dan semoga dapat lah saya sambut hari raya Aidilfitri bersama dengan keluarga tercinta Khamis ni ya… Amin Yarabbal Alamin,” coretnya

A post shared by The Official Aril AF™ (@arilpilus)