“Agak Serius, Doakan Saya Dapat Raya Dengan Family” - Aril Masuk Hospital Akibat Radang Kulit

Mya Amri
Mei 6, 2021 11:40 MYT
Penyanyi Aril Pilus dimasukkan ke hospital selepas mengalami masalah radang kulit.
Aril memaklumkan perkara itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya hari ini.
Menurut Aril dia terpaksa diasingkan daripada pesakit lain memandangkan masalah yang dihadapinya itu boleh menyebabkan jangkitan pada orang lain.
“Malam tadi saya terpaksa diasingkan dalam hospital akibat mengalami masalah radang pada kulit yang agak serius.
“Radang ni boleh mengakibatkan jangkitan pada orang lain. Jadi terpaksa la duduk wad sorang-sorang dalam lima ke tujuh hari.
“Kawasan radang ni di bahagian belakang pinggang hingga ke bahagian atas peha kanan, dan bahagian bawah perut dan di depan peha kanan bahagian atas,” coretnya.
Dalam pada itu menerusi hantaran yang sama juga, Aril memohon doa orang ramai berkenaan dengan kesihatan dirinya.
“Insya-Allah, doakan saya semoga cepat sembuh dan semoga dapat lah saya sambut hari raya Aidilfitri bersama dengan keluarga tercinta Khamis ni ya… Amin Yarabbal Alamin,” coretnya
#Sakit #hospital #Masuk Hospital #Aril Pilus