Laman Utama
“Agak-Agaklah Cakap Macam Tu” - Sissy Iman Terkilan Dituduh Tak Ada Job, Pantang Orang Cakap Buruk Fasal Ayah
Penyanyi Sissy Iman meluahkan kekesalan terhadap sikap sesetengah pihak yang menuduh dirinya tiada tawaran bekerja hanya kerana bercuti di London.
Menafikan dakwaan tersebut, Sissy berkata dia masih menerima beberapa tawaran kerja namun terpaksa menolaknya dengan baik untuk berehat.
“Pertama sekali, London merupakan percutian saya yang tertangguh jadi saya mengutamakan perkara itu terlebih dahulu.
“Saya perlukan waktu berehat ini untuk memulihkan tenaga saya, jadi apa-apa kerja yang datang sepanjang tempoh saya berada dekat London ni, semua kita tolak secara baik.
“Saya masih perlu kongsi content media sosial yang berkaitan dengan client masa dekat London. Bukan merungut tetapi saya suka lakukan kerja yang saya suka.
“Dalam masa yang sama saya juga merakamkan album saya di sana. Weh itu bukan kerja ke?
“Sebulan lalu, saya mendedikasikan masa saya dengan melakukan persiapan untuk enam buah lagu. Bayangkan ia sepatutnya trip bercuti tapi kerja juga kot?” jelasnya.
Sissy menjelaskan perkara itu dalam satu coretan panjang menerusi akaun Instagramnya di ruangan Insta Stories.
Tambah Sissy lagi, kebiasaannya dia tidak mengambil peduli kata-kata negatif namun kali ini agak melampau kerana melibatkan bapa kesayangannya.
“Selalunya saya tidak ambil pusing kalau dengar benda macam ni tapi agak-agaklah cakap dengan ayah kita macam tu.
“Kalau artis tak ada job tu antara salah satu penyebab boleh jadi salah PR atau management kot sebab tak buat cukup kerja dan ayah adalah PR manager saya.
“Jadi sampai hati ke cakap macam tu dekat ayah kita? Dia tu dah lah bertongkat teman kita kerja sana sini. Baik diamlah kalau tak ada benda baik nak cakap,” tulisnya lagi.
Must-Watch Video