Laman Utama

"Agak-Agaklah Nak Riyak Pun" - Kongsi Foto Percutian Mewah Di Dubai, Tya Arifin Dikecam Peminat BTS?

gempak
Gempak
09/12/2021
08:20 MYT
Sponsor Banner
"Agak-Agaklah Nak Riyak Pun" - Kongsi Foto Percutian Mewah Di Dubai, Tya Arifin Dikecam Peminat BTS?
Aura yang ditonjolkan Tya Arifin sememangnya cukup mengagumkan. Bukan sekadar menjadi inspirasi dek kewibawaannya dalam dunia perniagaan, namun pengasas Jus Mutyara ini juga sentiasa disanjung oleh komuniti usahawannya.
Apa sahaja yang dilakukan menantu penyanyi nombor satu negara ini, pasti akan menjadi ikutan ramai.
Bagaimanapun, Tya sekali lagi seakan tidak terlepas mencuri perhatian netizen apabila foto percutiannya di Dubai mendapat komen 'pedas' dari netizen.
Menerusi salah satu posting di Instagram, Tya didakwa sengaja cuba menunjuk-nunjuk dan riyak. Lebih mengejutkan apabila pengguna terbabit menggunakan akaun merujuk kepada peminat setia kumpulan popular Korea Selatan, BTS.
Menjengah ke ruangan komen posting terbabit, individu tersebut yang juga peminat tegar kumpulan Kpop BTS seakan sengaja melontarkan komen berbaur negatif terhadap pelakon popular tersebut.
"Nak OOTD ke nak menunjuk beg tangan? Agak-agaklah nak riyak pun," katanya.
Namun begitu, hasil tinjauan mendapati, tas tangan berjenama yang dijinjit pelantun lagu Bagaikan Mutiara ini sekadar pelengkap kepada gaya penampilannya.
Untuk rekod, Tya kini difahamkan berada di Dubai atas urusan perniagaan bersama beberapa lagi usahawan terkemuka tanah air bagi menguatkan lagi jenama Mutyara ke persada dunia.
Malah, Tya dilihat tekun merancang strategi untuk membantu golongan wanita bebas daripada kesempitan hidup dengan Berniaga Bersama Tya.
Terbaharu, usaha dan kegigihannya membangunkan empayar perniagaan bersama suami tercinta, Asyraf Khalid nyata membuahkan hasil apabila bisnes yang diterajui mereka meraih anugerah khas daripada Superbrands Malaysia 2021.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live