Hiburan

Agensi Ambil Langkah Tegas...Seru BTS Army Buat Laporan Jenayah Siber!

gempak
Asraf Aided
01/07/2020
10:53 MYT
Sponsor Banner
Agensi Ambil Langkah Tegas...Seru BTS Army Buat Laporan Jenayah Siber!
Agensi pengurusan kumpulan BTS, Big Hit Entertainment akan sentiasa mengambil langkah tegas terhadap segala kenyataan berbaur kebencian atau jenayah siber yang ditujukan kepada kumpulan naungan mereka itu.
Memetik laporan Soompi, Big Hit Entertainment juga telah menyimpan pelbagai bukti dan komen negatif yang ditulis oleh wargamaya di laman sosial.
Malah, Big Hit Entertainment juga menegaskan mereka tidak akan berlembut dengan individu yang didapati bersalah, sebaliknya meneruskan tindakan undang-undang.
"Sebelum ini kami ada menerima aduan, ada juga pihak yang telah menerima hukuman dari pihak berkuasa.
"Dalam proses dakwaan, terdapat pihak yang cuba mendapatkan keringanan hukuman, namun pihak kami tetap akan bertegas dengan prinsip kami," kata mereka dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, Big Hit Entertainment juga menyeru golongan peminat atau 'BTS Army' untuk menyokong usaha tersebut.
"Kami akan teruskan proses pemantauan di internet, kami juga memohon peminat untuk bantu kami, lapor dan berikan bukti mengenai jenayah siber yang dilakukan terhadap BTS," tambah mereka.
Sekadar rekod, BTS mulai aktif pada sekitar tahun 2013, mereka berjaya mengekalkan populariti mereka di Korea Selatan dan di peringkat antarabangsa sehingga kini.
Sumber : Soompi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live