Hiburan

Agensi Sahkan Mina TWICE Hidapi Anxiety Disoder

gempak
Mya Amri
27/08/2019
11:06 MYT
Sponsor Banner
Agensi Sahkan Mina TWICE Hidapi Anxiety Disoder
Pihak agensi JYP Entertainment mengesahkan anggota kumpulan TWICE, Mina menghidapi penyakit serangan kebimbangan (Anxiety Disoder).
JYP Entertainment mendedahkan berita itu menerusi kenyataan rasmi kepada media hari ini.
“Kami ingin menberitahu mengenai keadaan kesihatan terkini Mina. Selepas menerima beberapa keputusan pemeriksaan dari pakar perubatan, kami mengesahkan masalah kesihatan Mina dikenalpasti sebagai Anxiety Disoder.
“Antara simptom terbesar yang perlu diambil perhatian mengenai penyakit ini adalah individu itu boleh diserang kebimbangan yang teruk tanpa sebarang amaran. Sama ada secara berterusan atau berubah-ubah dan secara tiba-tiba.
“Disebabkan oleh gejala yang tidak dapat diramal ini kami sedang membincangkan kemungkinan penyertaan Mina dalam jadual sama ada secara individu dan juga ahli TWICE untuk mencapai keputusan.
“Selain itu, kami ingin memberitahu bahawa penyertaan Mina dalam jadual promosi akan ditentukan sekiranya keadaan kesihatan Mina mengizinkan.
“Jadi pihak kami berharap agar anda memahami kondisi kesihatan Mina yang menyebabkan pembabitannya dalam promosi adalah terhad.
“Kami akan melakukan yang terbaik untuk memastikan kesihatan Mina pulih. Kami juga meminta kerjasama dan sokongan daripada peminat,” jelas wakil JYP.
Sumber: Allkpop
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024