Laman Utama

Agnez Monica Buka Klinik Vaksin Percuma, Siap Beri Bekal Makanan

gempak
Maliah Surip
18/06/2021
01:45 MYT
Sponsor Banner
Agnez Monica Buka Klinik Vaksin Percuma, Siap Beri Bekal Makanan
Pemuzik terkenal Indonesia, Agnez Monica menerusi laman Instagramnya mengumumkan memiliki klinik untuk memberikan vaksin COVID 19 percuma kepada seluruh rakyat Indonesia.
Klinik tersebut menurut pelantun lagu Matahari itu sudah didirikan sejak beberapa bulan, namun hanya kini dia mempunyai kesempatan untuk mengumumkannya.
Melalui tiga potongan video dan kapsyen panjang yang ditulis, klinik yang didirikan di kawasan Ancol, Jakarta itu diusahakan bersama bapa baptisnya dengan bantuan daripada lebih 60 orang tenaga kesihatan dari Puskesmas Pademangan serta barisan sukarelawan.
"Program ini sudah berjalan cukup lama tapi saya baru sedar belum sempat berkongsi di feed (Instagram) saya. Segera dapatkan vaksin untuk Anda (secara percuma). Sangat mudah untuk menemukan kami," tulis Agnez Mo.
Menerusi video yang dikongsikan, klinik tersebut mempunyai ruang pendaftaran, ruang menunggu sehingga ruang menerima suntikan vaksin.
Malah Agnez menyatakan mereka juga memiliki lab, ruang kecemasan sehingga ambulance sendiri.
Tidak hanya memberikan khidmat vaksin percuma, Agnez turut menyediakan makanan percuma buat penerima vaksin yang datang ke kliniknya. Tidak hanya itu, dia juga membekalkan makanan seperti mee segera dan telur untuk dibawa pulang.
"Kami sedar bahawa banyak masyarakat yang datang vaksin, berasal dari zon merah. Mereka datang mungkin beratur dari pagi dan tak sempat sarapan.
"Especially dalam keadaan pandemik begini, setidaknya setelah mereka pulang (setelah vaksin), ada sedikit makanan dibawa pulang," tulisnya lagi.
Agnez kemudian dilihat menuliskan cara bagaimana rakyat Indonesia yang ingin mendapatkan vaksin percuma di kliniknya boleh berbuat demikian.
Setiap daripada mereka perlu mendaftarkan diri dengan mengikut peraturan yang ditetapkan sehingga disahkan akan menjadi salah seorang penerima vaksin percuma daripada kliniknya.
Sehingga semalam, sebanyak 1.950.276 juta kes Covid 19 direkodkan di Republik tersebut sejak pertama kali diumumkan pada awal Mac 2020 lalu oleh Presiden Joko Widodo. Indonesia juga kini didakwa sedang mempertimbangkan untuk melakukan lockdown kerana peningkatan kes yang kembali naik.
Instagram: @agnezmo
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024