Laman Utama
Agong, Permaisuri Ucap Selamat Tahun Baru Cina, Titip Pesan Agar Rakyat Sentiasa Berwaspada
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu Cina kepada mereka yang meraikannya.
Ucapan Tahun Baharu Cina itu dikongsi baginda berdua menerusi hantaran di akaun Facebook Istana Negara.
“Semoga keberkatan tahun baharu merahmati anda dan orang yang anda sayangi dengan kesejahteraan, kesihatan yang baik, kegembiraan dan muhibah antara satu sama lain sebagai rakyat Malaysia,” menurut hantaran tersebut.
Menerusi hantaran itu juga, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong turut menitipkan pesanan agar rakyat Malaysia berwaspada, mengamalkan penjarakan sosial dan sentiasa memastikan keselamatan diri semasa perayaan.
#agongkita #royal #malaysia #istananegara #happychinesenewyearPosted by Istana Negara on Thursday, 11 February 2021
Must-Watch Video