Belum reda kisah borang rentas negeri kosong dengan tandatangan Ketua Balai Polis Chukai, Kemaman Terengganu, kin muncul lagi satu kes yang hampir sama.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Embol, pihaknya membuka kertas siasatan berhubung sekeping borang rentas negeri kosong dengan tandatangan Penolong Ketua Balai Polis Seksyen 6 yang tular hari ini.

Jelasnya, kertas siasatan mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

"Hari ini tular borang rentas negeri Balai Polis Seksyen 6 dengan tanda tangan dan bercop Penolong Ketua Balai berkenaan dengan tulisan 'Thank you tolong kali kedua, xyah bratur panjang2.

“Ad cable dahh mudoh basoe sney kiro'.

"Siasatan awal mendapati terdapat pemalsuan tandatangan milik Penolong Ketua Balai, Sarjan Mejar Mohd Fadzli Ali.

“Justeru, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan dan Seksyen 243 Akta Komunikasi dan Multimedia," katanya menerusi satu kenyataan.

Anda boleh lihat kenyataan tersebut di bawah.

Sekadar info, Rabu lalu tular kemas kini di media sosial berhubung borang rentas negeri kosong bertandatangan dan cop dari Balai Polis Chukai dengan ayat 'Dapat info terbaharu ialah 'approve' dulu baru isi 'form'.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, borang rentas negeri itu adalah dari Balai Polis Chukai, namun berlaku penipuan pada tandatangan pegawai polis terbabit.

BACA: Buat Hal! Tular Borang Rentas Negeri Kosong Tapi Siap Ditandatangani, Polis Buat Siasatan