Pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang telah diluluskan mungkin membuat sesetengah daripada anda berlapang dada.

Namun, perlu diingatkan supaya tidak mudah rambang mata dan terpedaya dengan helah atau taktik pihak tidak bertanggungjawab.

Ini kerana pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesan aktiviti promosi skim pelaburan palsu yang dibuat menerusi aplikasi media sosial dalam telefon pintar seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram yang membabitkan akaun i-sinar.

PDRM mendedahkan cara penipuan dibuat melalui panggilan telefon dengan penyamaran sebagai pegawai KWSP.

Pegawai ini kononnya boleh mempermudahkan proses pengeluaran akaun i-Sinar.

Menurut PDRM lagi, bagi proses itu, pegawai tersebut akan mengenakan caj bayaran tertentu, sekali gus menipu pencarum KWSP.

Sehubungan itu, PDRM menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan mengabaikan sebaran bentuk promosi meragukan dan elakkan daripada berurusan dengan orang tengah (pihak ketiga).

Orang ramai dinasihatkan berurusan terus dengan pihak KWSP berkaitan pengeluaran akaun i-Sinar.

Anda boleh lihat amaran daripada PDRM di bawah;