Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Ahh Sudah! Ada Scam Baru Mampu Tiru Suara Rakan & Keluarga?

Hanafis Haris
29/11/2020 06:03 MYT

Tidak cukup dengan kes penipuan Macau Scam, kali ini muncul taktik baharu.

Namun, apa yang membimbangkan, taktik ini dikatakan berupaya meniru suara rakan dan keluarga untuk memperdaya mangsa kononnya bagi meminjam wang.

Perkara itu didedahkan oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal.

Menurutnya, selepas memperkenalkan diri, suspek akan memberitahu bahawa nombor telefon yang digunakan itu adalah nombor baharu mereka.

"Penjenayah akan memberikan nombor akaun yang bukan milik 'rakan' atau 'ahli keluarga' mangsa bagi tujuan mendapatkan wang yang ingin dipinjam itu," katanya.

Menurutnya lagi, mangsa kemudian mula sedar ditipu apabila menghubungi rakan atau ahli keluarganya itu dengan nombor asal dan mendapati sebenarnya tiada permintaan pinjaman wang dibuat.

"Sehingga kini sebanyak 20 kertas siasatan dibuka membabitkan penjenayah menggunakan modus operandi penyamaran.

“Kerugian dianggarkan sebanyak RM250,000," katanya.

Tambah Nik Ezanee berkata, sebanyak 78 laporan diterima membabitkan kerugian hampir RM7 juta berkaitan jenayah siber dan multimedia dari Januari sehingga hari ini.

Sumber : BERNAMA

#Polis #Scam #Suara