Laman Utama

Ahli Keluarga Ada Sejarah Kanser Payudara, Che Ta; "Umur Pun Dah Dekat 50, Kena Buat ..."

gempak
Hanafis Haris
10/09/2021
08:10 MYT
Sponsor Banner
Ahli Keluarga Ada Sejarah Kanser Payudara, Che Ta; "Umur Pun Dah Dekat 50, Kena Buat ..."

Menjangkau usia 50-an, selebriti terkenal, Rozita Che Wan atau Che Ta akui dia perlu lebih peka dalam soal kesihatan khususnya berkaitan penyakit kanser.

Menurut Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Abu Bakar, 48, isu kanser terutama membabitkan payudara agak ‘dekat’ dengan dirinya memandangkan ada beberapa ahli keluarga pernah menghidang penyakit tersebut.

“Luaran nampak macam ok tapi dalam sudah merebak. Ada juga beberapa ahli keluarga yang hidap kanser payudara.

“Paling penting kena buat medical check up, tapi itulah saya sebenarnya takut.

“Setiap enam bulan ikut hantar my mom buat pemeriksaan kesihatan. Kita yang hantar dia tapi kita tak buat pun. Feeling muda lagi.

“Bila dah dengar nasihat daripada pihak Majlis Kanser Nasional (Makna) ni, saya rasa memang dah kena buat pemeriksaan ‘Mammogram’. Umur pun dah dekat 50-an,” katanya.

Tambahnya, dia juga mahu mendidik orang ramai di luar sana untuk lebih sedar tentang isu kanser termasuklah peranan Makna itu sendiri.

“Tapi sebelum tu saya kena buat dulu baru then boleh educate orang,” katanya.

Che Ta berkata demikian ketika sidang media virtual pelancaran warna baru Himaya Premium Hijab Medical Face Mask (Himaya), baru-baru ini.

Che Ta selaku duta memperkenalkan warna baru berasaskan merah samar iaitu Blush Rose yang turut dijayakan sempena kempen Kutipan Dana Untuk MAKNA.

Sebanyak RM2 bagi setiap jualan produk itu akan disumbangkan terus kepada Makna.

Difahamkan, pemilihan Che Ta diyakini mampu membangkitkan kesedaran orang ramai bagi menyumbang dana kepada Majlis Kanser Nasional (Makna) yang kian berkurangan.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live