Pemain keyboard kumpulan Bon Jovi, David Bryan mengesahkan dirinya positif COVID-19.

Perkara itu dimaklumkannya sendiri menerusi entri di akaun media sosialnya pada Sabtu.

"Saya sudah mendapat keputusan dan disahkan positif COVID-19.

"Sudah seminggu saya sakit dan rasa semakin hari semakin sihat.

"Kemudian saya telah menjalani proses kuarantin selama seminggu dan akan meneruskan lagi seminggu.

"Apabila rasa sudah sihat saya akan mendapatkan ujian sekali lagi. Sama-sama kita doakan perkara ini berakhir dengan segera," katanya.

I just got my results back today and tested positive for corona virus. I’ve been sick for a week and feeling better each day. Please don’t be afraid!!! It’s the flu not the plague. I’ve have been quarantined for a week and will for another week. And when I feel better I’ll get tested again to make sure I’m free of this nasty virus. Please help out each other. This will be over soon... with the help of every American !!??❤️

A post shared by David Bryan (@davidbryanmusic) on


Bagaimanapun, Bryan tidak memaklumkan secara terperinci bagaimana dia dijangkiti COVID-19.

Beberapa minggu lalu, Bryan dilaporkan terbabit dalam proses pembikinan teater muzikal Broadway, Diana selaku penulis lirik dan pengarah muzik bersama.

Pementasan itu sepatutnya dijadualkan berlangsung pada akhir Mac namun ditunda kerana COVID-19.

Bon Jovi pula dalam perkembangan lain bakal muncul dengan album terbaharu, Bon Jovi 2020 pada 15 Mei nanti.

Sebelum ini, beberapa selebriti antarabangsa disahkan positif COVID-19 antaranya Tom Hanks, Idris Elba, Olga Kurylenko, Kristofer Hivju dan Daniel Dae Kim.

BACA: Pelakon Hawaii Five-O, Daniel Dae Kim Positif Covid-19

BACA: Pelakon Filem Frozen 2 & James Bond Positif Covid-19

BACA: “Saya Okay…” – Positif COVID-19, Idris Elba Nasihat Usah Panik, Duduk Rumah Dan Kuarantin

BACA: Tom Hanks Sahkan Dirinya dan Isteri Positif COVID-19

Sumber: Rolling Stone