,
Laman Utama

“Ahli Nasyid Juga Manusia Biasa, Ada Kelemahan Dan Kekurangan” - Raihan Mohon Jangan Cepat Jatuh Hukum Pada Yasin Sulaiman

Mya Amri
31/03/2022
23:15 MYT
Kumpulan nasyid popular, Raihan memohon agar orang ramai tidak cepat menilai atau menghakimi Yasin Sulaiman susulan penahanannya akibat dakwaan mengedar ganja.
Menyifatkan Yasin sebagai seorang sahabat yang baik, salah seorang anggota Raihan iaitu Abu Bakar Mohd Yatim tidak adil untuk membuat tafsiran sendiri kerana tidak tahu apa perkara yang berlaku atau sedang dialami oleh komposer itu.
“Dia seorang sahabat yang baik… Semua orang tahu dia ada penyakit dan kita tidak tahu apa yang dialaminya. Jadi disebabkan itu jangan terlalu cepat menghukum.
“Saya cakap begini bukan sebab Yasin kawan saya tetapi sesiapa pun, kita janganlah cepat menilai orang. Sebab kita tidak tahu apa yang dilaluinya kerana dia ada penyakit bipolar.
“Masa mula-mula mendengar cerita ini pun kami tidak terus menilai sebab kami kenal dia bukan seperti itu,” katanya kepada Gempak.
Raihan ditemui ketika majlis pelancaran video muzik khas The Sunnah The Better yang merupakan kolaborasi bersama Alif Satar & The Locos.
Dalam pada itu, Raihan juga berpendapat tidak adil untuk menilai atau memberi tanggapan bahawa semua penyanyi nasyid bermasalah.
“Penyanyi nasyid juga manusia biasa yang ada kelemahan dan kekurangan… Jadi untuk keadaan sekarang kita doakan yang baik-baik buat Yasin, anak-anak dan juga keluarganya.
“Yang paling penting kita doakan ada pihak-pihak yang dapat membantunya, apa yang dilaluinya, kerana ini bukan kes biasa.
“Kita bersangka baik bahawa dia berpenyakit dan berdoa supaya Allah pimpin dan membantu dia hadapi masalah ini. Kami kenal dia bukan macam itu. Kami, kumpulan nasyid juga manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan, doakan yang terbaik,” jelasnya.
Terdahulu, Yasin yang juga merupakan anggota kumpulans nasyid Brothers satu ketika dulu telah ditahan pada 24 Mac dikediamannya atas tuduhan memiliki dadah jenis ganja. BACA: Yasin Berdepan Hukuman Mati! Mengaku Tidak Bersalah Miliki, Tanam Ganja
Dia kemudiannya didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor, pada Khamis dan berdepan hukuman gantung mandatori mengikut Seksyen 39B Akta dadah Berbahaya 1952 jika sabit kesalahan.
Foto: Azrul Rafie
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Momen Ambil Scroll Paling Diingati" - Wan Najdi Terkejut Menteri Kenal, Sempat Bersapa 10 Saat Di Pentas Konvokesyen!

gempak
08/11/2024
23:46 MYT
Bekas anggota kumpulan nasyid UNIC, Wan Najdi tergamam ketika disapa Menteri Pendidikan Malaysia, YB Fadhlina Sidek ketika Istiadat Konvokesyen Institut Pendidikan Guru Ke-14 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 7 November lalu.
Hiburan

Anak-Anak Munif Hijjaz Teruskan Legasi Nasyid, Lancar Lagu Sulung Perjalanan

gempak
21/10/2024
11:46 MYT
Setelah berkecimpung dalam industri nasyid selama lebih tiga dekad, kini Munif Hijjaz membuka dan merintis jalan kepada anak-anaknya untuk meneruskan kesinambungan dalam memperjuangkan lagu-lagu dakwah ketuhanan agar terus segar seiring dengan peredaran zaman.
Hiburan

Ulul Azmi Lagu Nasyid Berdurasi 10 Minit, AWLA Bekerjasama Dengan Jenny Chin - "Muzik Ala Disney, Ada Sentuhan Timur Tengah"

gempak
17/09/2024
20:21 MYT
Kumpulan nasyid AWLA tampil dengan single terbaharu berjudul Ulul Azmi dengan durasi hampir 10 minit!
Hiburan

Penyanyi Nasyid Saujana, Dr Idzu Dapat Gelaran Datuk! - "Saya Rasa Macam Dilahirkan Semula"

gempak
26/08/2024
23:50 MYT
Penyanyi nasyid kumpulan Saujana yang juga ahli perniagaan Dr Idzu Baharin menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam, pada Isnin.
Hiburan

Penyanyi Yasin Sulaiman Dijatuhi Hukuman Penjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

gempak
22/08/2024
04:49 MYT
Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman yang sebelum ini dilepas dan dibebaskan terpaksa menghabiskan sisa hidup dalam penjara apabila dihukum penjara seumur hidup dan 16 sebatan atas kesalahan dadah oleh Mahkamah Tinggi.
Unitar