Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
BERITA

Ahli Parlimen India Ditahan Selepas Didakwa Lakukan Serangan Seksual

Gempak 31/01/2025 | 00:25 MYT

Seorang Ahli Parlimen (MP) pembangkang India ditahan pada Khamis susulan dakwaan merogol seorang wanita.

Wanita berkenaan yang sudah berkahwin mendakwa, MP terbabit yang mewakili sebuah kawasan di negeri utara Uttar Pradesh mengeksploitasi mangsa secara seksual selama empat tahun dengan janji untuk mengahwini serta membantu memajukan kerjaya politiknya.

Polis telah membuka kertas siasatan terhadap Ahli Parlimen berusia 60 tahun itu pada 17 Januari lepas.

Beliau ditahan ketika mengadakan sidang media di kediamannya bagi menjawab tuduhan terhadapnya.

Sumber: Astro AWANI