Ahli Politik Gigit, Cekik & Pijak Perut Isteri Kedua Yang Sedang Hamil
Maliah Surip
24/05/2023 15:50 MYT
24/05/2023 15:50 MYT
Seorang ahli politik Indonesia sedang dalam siasatan pihak berkuasa selepas isteri keduanya yang dikenali sebagai MY membuat laporan polis kerana dikasari dan dipukul lelaki tersebut.
Menerusi laporan media tempatan, MY mendakwa telah dikasari oleh anggota Dewan Perwakilan Rakyat dari Parti Keadilan Sejahtera yang dikenali sebagai Bukhori Yusuf dalam keadaan dirinya sedang hamil.
Insiden tersebut bagaimanapun telah berlaku pada November 2022 dan pasangan tersebut dilaporkan sudah bercerai.
Portal Tempo melaporkan Bukhori dan MY sempat hidup sebagai suami isteri hanya untuk tempoh sembilan bulan sebelum berpisah.
Namun MY telah dipukul beberapa kali sepanjang tahun lalu. Lantaran teruk dipukul, MY mengalami trauma dan kemurungan.
Lelaki tersebut antaranya didakwa pernah memukul wanita tersebut dengan kerusi, mencekik, menampar, menggigit sehingga memijak perut isterinya yang sedang hamil sehingga mengalami pendarahan.
Ekoran kontroversi tersebut, Bukhori diketahui telah meletakkan jawatannya sebagai ahli dewan perwakilan, malah pihak parti mengatakan masalah yang dihadapi bukan berkaitan dengan politik sebaliknya merupakan masalah peribadi.
Kes ini masih dalam siasatan pihak polis.