VIRAL

Ahli Politik Terima Ugutan Bun*h, Cadang Tuala Wanita Disediakan Di Tandas Awam

gempak
Maliah Surip
06/04/2025
12:45 MYT
Sponsor Banner
Ahli Politik Terima Ugutan Bun*h, Cadang Tuala Wanita Disediakan Di Tandas Awam
Seorang ahli politik wanita di Jepun, Ayaka Yoshida menerima lebih 8,000 ugutan bunuh yang dikirim menerusi emel selepas meminta agar tuala wanita disediakan di tandas awam negara tersebut.
Yoshida, 27, telah membuat laporan polis selepas menerima ribuan ugutan tersebut sejak minggu lalu kerana bimbang mengenai keselamatan dirinya, lapor The Independent.
Menurut laporan sama, Yoshida menyuarakan cadangan tersebut selepas mengalami situasi tidak dijangka apabila dia datang haid namun tidak mempunyai tuala wanita yang disifatkannya harus disediakan di tandas awam.
“Saya datang haid namun berdepan masalah apabila tiada tuala wanita disediakan di tandas awam di Tsu City Hall. Saya harap kerajaan boleh menyediakan tuala wanita seperti tisu tandas,” cuitnya di X.
Bukan menerima sokongan, cuitan Yoshida sebaliknya menerima banyak kritikan. Ramai yang menyifatkan sebagai seorang wanita dia sepatutnya menyediakan tuala wanita sendiri.
“Saya akan bunuh Ayaka Yoshida kerana tidak membawa tuala wanita sendiri. Sebagai seorang wanita yang sudah matang, dia patut sedar diri!”tulis ugutan seperti dilaporkan media Jepun, The Mainichi.
Sementara isi emel lainnya pula berbunyi: “Pada usianya dia patut tahu dan ada tanggungjawab membawa tuala wanita.”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024