Laman Utama

“Ahli Sihir Diberi Gelaran Doktor? Nampak Tak?” - Teori Konspirasi Dah Muncul, Persoal Filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness

Hanafis Haris
10/05/2022
05:15 MYT

Menjadi seperti rutin apabila munculnya sesebuah filem baru, pasti ada yang cuba menimbulkan konspirasi tertentu untuk mengelirukan orang ramai.

Terbaru, filem terbitan Marvel Studio iaitu Doctor Strange in the Multiverse of Madness antara yang menjadi mangsa.

Semuanya gara-gara kenyatan seorang individu yang mempertikaikan mengapa ahli sihir diberi gelaran doktor.

“Ramai orang pergi tengok cerita Dr Strange sedangkan jalan cerita dia berkenaan Ali Sihir.

"Ahli Sihir yang diberi gelaran Doktor?

“Nampak tak permainan yang sedang bermain di dunia sebenar sekarang, kita sangka dia pakar doktor sedangkan boleh jadi ianya adalah ahli sihir.

“Dr Strange atau Dr Stringe. bunyi sama kan teori Konspirasi| Agenda mRNA,” katanya.

Kenyataan berkenaan kemudian tular di platform Twitter hingga menncetuskan perdebatan ramai.

Rata-ratanya mempertikaikan tujuan sebenar kenyataan itu ditulis.

Menurut mereka, individu tersebut seharusnya menonton filem pertama untuk melihat asal usul dan bagaimana Doctor Stephen Strange boleh berubah menjadi ahli sihir.

Untuk rekod, Doctor Strange in the Multiverse of Madness kini sedang rancak ditayangkan di pawagam.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Pemenang Utama ‘Mirinda Riang Raya & Menang Bersama-Sama The Experts’ Terkejut Dapat Kereta Proton X50 - “Kira Macam Hadiah Hari Jadi Saya”

gempak
02/07/2024
04:55 MYT
Pemenang utama kempen ‘Mirinda Riang Raya & Menang Bersama-Sama The Experts’ iaitu Mohd Zaki Hassan, 41 melahirkan rasa syukur apabila menerima hadiah sebuah kereta jenama Proton X50.
Filem

Malaysia Mendunia! Kuala Lumpur Jadi Lokasi Penggambaran Filem Marvel Thunderbolts

gempak
28/06/2024
08:07 MYT
Negara Malaysia dikatakan terpilih menjadi lokasi filem adiwira terbaharu Marvel, Thunderbolts.
Hiburan

Atta Halilintar Pernah Jual Kad Sim Di Pasar Seni - “Ketika Itu Kewangan Keluarga Tidak Begitu Baik…”

gempak
03/05/2024
07:55 MYT
Atta kongsi pengalaman mencari rezeki di Kuala Lumpur.
Hiburan

The Experts, Filem Aksi Heist Yang Dinantikan 2024! Penonton Teruja Tengok ‘Trailer’ - “Pergh Dah Setandingan American Heist Movies”

gempak
03/05/2024
05:55 MYT
Tak sabar nak tengok!
Laman Utama

Sherry Alhadad Tampil Berbeza Dalam Siri ‘B.A.R.I.S.T.A: Misi Terpaling Sulit’ - “Semua Aksi Dalam Drama Ini Saya…”

gempak
16/08/2023
06:55 MYT
Memang nampak kelainan!