Pendakwah Pencetus Ummah (PU) Amin menasihati orang ramai agar sentiasa mencari peluang untuk mendekatkan diri dengan guru yang boleh memberi bimbingan dalam hidup.

Ini kerana, menurut PU Amin, zaman kini, orang ramai seolah-olah mula menjauhkan diri daripada golongan ilmuwan.

"Dalam hidup ni carilah guru. Cari ulama yang boleh bimbing kita. Akhir zaman ni orang ramai jauh daripada guru dan ahli soleh. Mata kita terhijab dari mengenal ahli soleh dan ulama.

"Dekatkan diri dengan mereka, kita akan dapat banyak ilmu kerana kita akan dapat keberkatan daripada mereka. Biasakan cari guru, jangan guru datang jumpa kita," katanya.

Jelasnya lagi, setiap apa yang ditegur oleh golongan ulama yang ada di sekeliling kita juga hendaklah diambil sebagai satu pengajaran.

"Akhir zaman ni para ulama akan ramai dimatikan Allah, maka itu tanda ilmu hilang dari dunia ini. Segeralah cari ulama. Kalau ulama, ahli soleh tegur silap kita jangan melenting, dengarlah, muhasabah," katanya.

Perkara itu dikongsikan PU Amin menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.

Dalam hidup ni carilah guru. Cari Ulama yang boleh bimbing kita. Akhir zaman ni orang ramai jauh dari guru dan ahli soleh. Mata kita terhijab dari mengenal ahli soleh dan ulama.. . Dekat kan diri dengan mereka, kerana kita akan dapat banyak ilmu. Kerana kita akan dapat keberkatan dari mereka. Biasakan cari guru, jangan guru datang jumpa kita.. . Dalam hati kena sayang Ulama, sebab Ulama itu pewaris Nabi. Akhir zaman ni para ulama akan ramai dimatikan Allah, maka itu tanda ilmu hilang dari dunia ini. Segeralah cari Ulama, kalau ulama , ahli soleh tegur silap kita jangan melenting, dengar lah, muhasabah.. . Bila jumpa orang soleh minta mereka doakan kita. Itu adab dan akhlak bila jumpa ulama dan ahli soleh. Ya Allah jagalah dan peliharakan lah Para Guru dan Ulama kami yang telah pergi.. . Kenangan bersama Al Marhum Tuan Guru Dato Ustaz Ismail Kamus. Ustaz senyum dan terus bagi nasihat. Ustaz kata jaga anak baik baik. Akhir zaman banyak bahaya. Ustaz kata lagi, hiburan yang ada hari ni sangat menakutkan, jaga jaga kata ustaz.. . Dato Ismail Kamus pergi hari Jumaat juga. Moga Allah temukan kita di Syurga. Alfatihah, mari kita bacakan buat Al Marhum Tuan Guru.

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on


Dalam posting tersebut, PU Amin turut berkongsi momen indah apabila berpeluang bertemu dengan pendakwah terkenal, Allahyarham Datuk Ismail Kamus ketika hayatnya.

"Kenangan bersama Al Marhum Tuan Guru Datuk Ustaz Ismail Kamus. Ustaz senyum dan terus bagi nasihat. Ustaz kata jaga anak baik baik. Akhir zaman banyak bahaya.

"Ustaz kata lagi, hiburan yang ada hari ni sangat menakutkan, jaga jaga kata ustaz," coretnya.

Saksikan program yang menampilkan PU Amin di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!