Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Ahmad Dhani Bakal Dapat Menantu, Al Ghazali Kahwin Tahun Depan

Maliah Surip
14/10/2024 02:36 MYT
Pesohor Indonesia, Ahmad Dhani bakal dapat menantu apabila anak sulungnya, Al Ghazali bakal berkahwin dengan kekasih, Alyssa Daguise.

Dhani, 52, malah membocorkan perancangan Al Ghazali, 27, termasuk tarikh perkahwinan yang telah dipilih pada tahun depan.

Menurut pengasas Dewa 19 yang kini terjun ke dunia politik itu, anaknya dan model serta pelakon tersebut akan berkahwin pada 25 Mei 2025.

“Rencananya 25 Mei 2025, kalau jadi ya,” kata Dhani ringkas seperti dilaporkan Kompas.

Namun kenyataan yang diberikan Dhani boleh diragui kerana dia kemudian mengatakan ingin dua anak bujangnya iaitu El Rumi dan Dul Jaelani yang sudah punya kekasih berkahwin pada hari sama.

“Mungkin Al nikah pukul 12 tengahari, El pukul 1 dan Dul jam 3,” katanya lagi.

Terdahulu Al melamar teman wanitanya yang berusia 26 tahun di Lake Como, Itali pada 21 September lalu.

Ironi pasangan tersebut menjalani perjalanan cinta yang cukup panjang dan sempat putus pada 2019 dan 2022.
#Kahwin #Anak #Indonesia #Ahmad Dhani #Menantu #Al Ghazali
;