Laman Utama
Ahmad Idham Kini Setiausaha Kebudayaan, Datuk Eizlan Yusof Perunding Kreatif Di Kementerian Luar
Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang meninggalkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) awal bulan lalu kini dilantik sebagai Setiausaha Kebudayaan, Kementerian Luar.
Selain pengarah dan penerbit itu, pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof turut dilantik sebagai Perunding Kreatif kementerian itu.
Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah memaklumkan, pelantikan kedua-dua anak seni bagi jawatan baharu itu berkuat kuasa hari ini.
Beliau memberitahu, pelantikan mereka adalah selaras dengan objektif membangunkan Diplomasi Budaya Malaysia di bawah Kerangka Dasar Luar Malaysia yang bertujuan untuk mewujudkan kaedah baharu bagi mempamerkan identiti dan nilai kebangsaan di samping memaparkan nilai-nilai kepelbagaian dan kepelbagaian budaya serta menggalakkan promosi dan pertukaran budaya.
Baca berita selanjutnya di Awani.
Must-Watch Video