Laman Utama

Aib! Lelaki Tua Sempat Cabul 2 Kanak-Kanak Perempuan Di Pusat Pemindahan Banjir

Izwan Isa
24/11/2023
04:55 MYT
Dua kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) akibat banjir di Kuala Nerus mendakwa menjadi mangsa amang seksual seorang warga emas.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, kejadian itu dipercayai berlaku di PPS itu pada Rabu.

BERITA TRENDING: Zoo Negara Banjir, Capybara Terlepas Keluar Tapi Mujurlah...

Mazli berkata, keluarga kedua-dua mangsa membuat laporan polis dan pihaknya menahan suspek di PPS berkenaan kira-kira jam 1 pagi tadi. "Kita telah menerima dua laporan polis berkaitan satu kejadian amang seksual melibatkan dua kanak-kanak yang berumur tujuh tahun yang berlaku di PPS banjir.
"Suspek dipercayai seorang lelaki berusia 61 tahun dan juga menjadi mangsa banjir dan ditempatkan di PPS yang sama," katanya.
Mazli berkata suspek dikatakan mengajak kanak-kanak tersebut untuk menelaah pelajaran sebelum melakukan perbuatan itu.
Katanya suspek telah direman selama seminggu bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 14(a) AKta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

BERITA TRENDING: "Saya Hanya Mampu Selamatkan Kucing..."- Rumah Terjejas Banjir, Wani Syaz Reda Sambut Ramadan Dengan...

Jelas Mazli lagi pihaknya telah mengarahkan pasukan di semua PPS untuk meningkatkan tahap keselamatan bagi mengelak kejadian sama daripada berulang.
Mazli turut mengingatkan ibu bapa supaya memantau pergerakan anak-anak sepanjang berada di PPS.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Dua Beranak Antara Ditahan Ponteng Solat Jumaat, Jika Sabit Kesalahan Boleh Didenda & Dipenjara

gempak
20/07/2024
05:40 MYT
Seorang bapa dan anak lelaki antara empat penjaja yang ditahan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) selepas didapati meninggalkan solat Jumaat dalam operasi dijalankan di sekitar daerah ini.
Drama

Tak Mudah Bertutur Loghat Terengganu, Nora Danish Syukur Diajar Aswad Jalil - “Walaupun Saya Lahir Di Sana Tapi…”

gempak
20/07/2024
03:55 MYT
Pelakon, Nora Danish akui tidak mudah untuk bertutur dalam loghat Terengganu untuk drama terbaharu lakonannya berjudul Perang Nasi Dagang.
Berita

Remaja Nyaris Maut Termakan Biskut Dicampur Racun

gempak
14/07/2024
10:32 MYT
Seorang remaja lelaki berumur 13 tahun di Kampung Dadong, Kemaman, Terengganu, nyaris maut selepas termakan biskut yang dicampur racun dalam kejadian Jumaat lalu.
Hiburan

Banjir Di Rumah Penampang Sudah Surut, Stacy Syukur Keluarga Selamat - "Ini Paling Teruk Sebab..."

gempak
02/07/2024
07:55 MYT
Penyanyi Stacy berkongsi perkembangan mengenai situasi dan keadaan rumah keluarganya di Penampang yang dilanda banjir.
Viral

Monica Ting Siew Kwong Sempat Hantar Makanan Bantu Mangsa Banjir Penampang

gempak
02/07/2024
03:17 MYT
Wanita yang menjadi korban pertama dalam bencana banjir di negeri ini disifatkan seorang yang berhati mulia kerana sempat berkhidmat kepada masyarakat yang terjejas di Penampang.