,
Laman Utama

A Aida Menangis, Anak Perempuan Selamat Bertunang - “Kita Jaga Dia Dari Kecil, Tiba-Tiba…”

Amri Hassan
20/05/2023
09:55 MYT
Gagal menahan sebak, pelakon dan penerbit Datuk A Aida mengalirkan air mata selepas anak perempuannya, Wan Az Aleesa Wan Aminuddin, 27, telah selamat bertunang pada Sabtu.
Kata A Aida, dirinya tersentuh apabila mengenangkan anak perempuannya itu bakal berpisah dengannya tidak lama lagi.
“Kita sudah jaga dia dari kecil. Tiba-tiba, dia akan dilepaskan menjadi milik orang.
“Selama ini, dia pergi mana kita akan ambil tahu. Sekarang (tidak lama lagi), dia akan jadi milik orang sepenuhnya.
“Nanti, dia sudah tidak tinggal dengan saya (akan ikut suami). Kalau diikutkan memang saya tak nak lepaskan, tapi ini semua adalah fasa kehidupan yang saya perlu hadapi. Untuk kebaikan dia juga,” katanya kepada Gempak.
Majlis bertunangan Wan Az Aleesa dan pasangan yang merupakan seorang juruterbang, Zain Azrai Abdul Aziz berlangsung di pusat peranginan, D'Manggis Janda Baik, Pahang.
Sementara itu, Ameng atau nama sebenarnya, Wan Aminuddin Wan Ismail memberi restu buat anak perempuannya dan bakal menantu yang dijangka melangsungkan pernikahan beberapa bulan lagi.
“Saya tahu mereka dah berkawan lama. Sekejap putus, sekejap kembali bersama. Zain sememangnya seorang lelaki yang baik. Seimbang dunia akhirat.
“Seimbang dunia akhirat sebab benda pertama yang saya soal atau tanya dia adalah sama ada dia mampu baca surah al-Fatihah dengan sempurna.
“Alhamdulilllah, dari segi agama memang dia tidak mempunyai masalah langsung. Saya memang ‘berkenan’ dan tahu dia mampu menjaga anak saya dengan baik,” ujarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Kenang Sambut Ramadan Di Penjara, Ameng: “Sahur Pukul 11 Malam, Kalau Tak Makan…”

gempak
23/03/2024
00:24 MYT
Ameng Spring berkongsi kenangan menyambut puasa sebagai warga penjara sewaktu di tahan di balik tirai besi tidak lama dahulu.
Laman Utama

Amerul Affendi Bidas Kenyataan A.Aida Utamakan Rupa Dari Bakat - "Eloklah Tamatkan Semua Kursus Lakonan Yang Ada"

gempak
26/10/2022
09:15 MYT
Bidas Amerul Fendi Terhadap Kenyataan A.Aida
Laman Utama

Langgar Kontrak, A. Aida Saman Amelia Henderson & Idris Khan - “Saya Tersentak, Sangat Tak Profesional!”

gempak
24/06/2022
08:54 MYT
Semoga ada jalan penyelesaian.
Laman Utama

A.Aida & Sharon Paul Bergabung Hasilkan Single Raya Pertama Aiman Zaidi

gempak
16/05/2021
05:50 MYT
Tahun 2021, kita masih lagi dibelenggu dengan pendemik dan suasana PKP dan SOP yang memberi impak besar terhadap industri khususnya industri hiburan.
Laman Utama

“Semalam Dah Makan Macam-Macam, So Hari Ni Kita Bakar Balik…” – A.Aida

gempak
14/05/2021
12:17 MYT
Bagus A.Aida ni...
Unitar