Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

A. Aida Mengalah, Kes Saman Idris Khan Selesai Cara Baik

Mya Amri
01/11/2022 11:55 MYT
Susulan kes saman melibatkan pelakon Idris Khan dan penerbit sensasi A. Aida akhirnya diselesaikan dengan cara baik.

Masing-masing bersetuju untuk menyelesai secara baik di luar mahkamah tanpa sebarang tanggungan pada kedua-dua belah pihak.

Namun dalam pada masa yang sama mahkamah turut memerintahkan Idris membayar RM3,780 kepada plaintif sebelum penghujung November 2022 selain pelakon itu tidak boleh memfailkan saman malu terhadap A. Aida.

Idris juga memaklumkan perkara itu dalam satu kenyataan rasmi menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya.

“Pihak kami telah menjalani perbicaraan pada pagi ini untuk membela hak dan diri saya. Setelah perbincangan antara peguam saya dan peguam A. Aida, pihak mencapai satu persetujuan di luar mahkamah di mana A. Aida menarik balik kesemua writ dan tuntutan ke atas saya tanpa kebebasan untuk memfailkan semula dengan syarat saya tidak memulakan tuntutan saman ke atas beliau, termasuk tuntutan saman malu ke atas beliau.

“Saya perlu memberikan balik wang pendahuluan sahaja ke beliau dan tidak ada apa-apa pengakuan dari pihak beliau mahupun pihak saya ke atas liabiliti di dalam kes ini,” tulisnya.

Baca kenyataan penuh Idris di bawah:

A post shared by Idris Khan (@theidriskhan)


Terdahulu, dalam prosiding di mahkamah sama juga, defendan pertama, iaitu pelakon Amelia Henderson kekal dengan keputusan untuk meneruskan perbicaraan.

Sebelum ini, Amelia dan Idris berdepan tindakan saman daripada A. Aida kerana didakwa melanggar kontrak perjanjian sebuah drama seperti yang sudah ditandatangani sebelum ini.

A. Aida bersama sutradara drama, Sekali Lagi Cinta Kembali iaitu Rizal Baharuddin sepakat membawa perkara tersebut ke muka pengadilan sekali gus memberi pengajaran kepada dua pelakon terbabit.
#saman #Idris Khan #A. Aida #Selesai Cara Baik #Mahkahmah
;