Tahun 2021, kita masih lagi dibelenggu dengan pendemik dan suasana PKP dan SOP yang memberi impak besar terhadap industri khususnya industri hiburan.

Namun, ia tidak boleh menghalang kita untuk terus meraikan Hari Raya Aidilfitri yang dinantikan setiap tahun.

Jadi, pada tahun ini, Werkit Records telah menghasilkan satu karya baru sempena Hari Raya Aidilfitri yang bertajuk Hari Yang Ku Tunggu.

Lagu ini juga merupakan single pertama Aiman Zaidi hasil ciptaan komposer terkenal iaitu Sharon Paul dan lirik pula oleh Datuk A.Aida.

Hari Yang Ku Tunggu merupakan lagu tema (OST) drama komedi raya berjudul Jom Mak Raya KL.

Drama komedi sebanyak empat episod itu telah mula ditayangkan pada Raya pertama, 13 Mei lalu di TV3.

Antara artis yang membintangi drama tersebut adalah Andi Bernadee, Zara Zya, Azizah Mahzan, Bell Ngasri dan Kazar.

Hari Yang Ku Tunggu boleh dinikmati di semua platform digital termasuk saluran YouTube Werkit Records.