Laman Utama

Aidilfitri Lembaran Baru, Meriahnya Raya Dengan Artis Rocketfuel

Mya Amri
30/04/2021
14:15 MYT
Meriahnya Raya! Itulah ungkapan yang dapat disimpulkan apabila nama-nama besar industri muzik tanah air seperti Ernie Zakri, Syamel, Ruffedge, Ara Johari, Usop dan Masya Masyitah bergabung suara dalam single Raya terbaharu berjudul Aidilfitri Lembaran Baru.
Menariknya lagi Aidilfitri Lembaran Baru ini merupakan hasil ciptaan komposer legenda negara, saudara S. Atan dan Siso Kopratasa yang diterbitkan oleh Rocketfuel Records.
Menurut Syamel dan Ernie, lagu ini mengisahkan tentang suasana menyambut raya dalam norma baharu.
“Lagu Raya ini mengisahkan tentang suasana persediaan menyambut Aidilfitri yang bakal tiba dalam keadaan norma baharu, namun masih mengekalkan mood keceriaan dengan semangat beraya yang sama seperti tahun-tahun sebelumnya.
“Lagu ini juga boleh dijadikan sebagai iktibar tatkala dunia diduga dengan pandemik COVID-19, maka jadikan lah ia sebagai pemangkin semangat untuk mengharunginya dengan membuka lembaran baru dalam kehidupan,” kata Syamel.
Ernie juga berharap agar lagu raya ini mendapat tempat di hati pendengar.
“Saya mewakili suami serta artis-artis Rocketfuel yang terlibat, semoga semua pendengar akan terhibur dan bergembira dengan lagu Aidilfitri Lembaran Baru.
“Lagu ini mempunyai melodi seperti lagu-lagu raya lama yang nostalgik dan mengimbau kenangan dulu serta kedengaran evergreen,” ujarnya.
Aidilfitri Lembaran Baru boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer.
Lirik video single ini pula boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ernie Zakri Enggan Komen Lebih Lanjut Isu Diperlakukan Tidak Professional - “Lambat Laun Orang Akan Tahu Juga”

gempak
26/07/2024
09:55 MYT
Penyanyi Ernie Zakri tampil mengulas mengenai isu ciapan di X yang pernah di muatnaik beberapa minggu lepas.
Hiburan

Universal Music Malaysia & Alternate Records Kini Jadi Rakan Strategik, Pacu Revolusi Muzik Tempatan!

gempak
15/07/2024
18:00 MYT
Dua ‘label’ berkolaborasi menjadi rakan strategik pemasaran muzik tempatan! Gabungan antara syarikat rakaman muzik tempatan Alternate Records dan syarikat rakaman bertaraf antarabangsa, Universal Music Malaysia dijangka membawa revolusi dalam landskap muzik tempatan dan bakal membuka peluang baharu untuk artis-artis tempatan untuk meluaskan pengaru
Hiburan

Aina Abdul, Ernie Zakri Bakal Duet Lagu Kurik Kundi! Ini Kejutan Lain Konsert Destiny Of Music

gempak
08/06/2024
18:17 MYT
Konsert Destiny of Music yang akan diadakan di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam pada 29 Jun 2024 ini tampil kelainan dengan mempersembahkan perjalanan dan perkembangan muzik dari era 80-an hingga ke masa kini.
Hiburan

Ara Johari Pelik Kenapa Ramai Dakwa Dirinya Semakin Kurus

gempak
24/05/2024
01:55 MYT
Penyanyi Ara Johari mengakui teguran terhadap badannya yang dikatakan kelihatan semakin kurus sedikit sebanyak memberi tekanan kepadanya.
Hiburan

Delulu Bukan Lagu Ara Johari Sindir Sesiapa! - "Ia Bawa Mesej Ringan, Sekadar Hiburan"

gempak
10/05/2024
09:55 MYT
Ara tampil dengan lagu baharu.