Bekas finalis dewi remaja 2018/2019, Ernisha tampil dengan imej tidak bertudung sejak beberapa minggu lalu menerusi akaun Instagram miliknya.

Imej terbaharu Ernisha atau nama sebenarnya Erni Nurshahira Khairul Zaman itu turut mengejutkan peminat serta pengikut laman sosialnya.

Rata-rata turut mengecam imej terbaharu Ernisha itu.

“Dunia akhir zaman.

“Tudung dulu sekadar fesyen, semoga diberi hidayah.

"Aik dah tak pakai tudung?

“Kenapa buka tudung? Elok-elok dah pakai nak buka balik,” komen netizen

Kebanyakan juga turut berharap agar Ernisha akan kembali bertudung.

“Semoga bertudung sepenuhnya semula macam dahulu.

“Semoga diberi hidayah,” komen peminatnya.

Sejak tiga minggu lalu, Ernisha memuat naik foto dan video dirinya tidak bertudung di Instagram.

Terdahulu, Ernisha pernah terpalit akui kontroversi video kelab malam dan minuman keras dalam keadaan tidak bertudung dan berpakaian menjolok mata.

Used to love someone wholeheartedly & lose myself when he left. Now realized i needed to lose u to love me. #happierlife

A post shared by Ernisha (@ernishaaa) on