Laman Utama
"Aik, Kontroversi?" - Baby Shima Jawab Isu Minum Susu Daripada Botol ...
Penyanyi Baby Shima menafikan video minum susu yang dimuat naik di Instagram baru-baru merupakan satu insiden kontroversi.
Baby Shima berkata, dia hanya video berkenaan dirakam hanya sekadar mahu menunjukkan botol minuman tersebut yang dianggap unik.
“Aik, kontroversi? Tu kan saya tengah tunjuk dekat followers saya yang air itu unik. Itu sahaja,” ujarnya ringkas.
Baby Shima ditemu bual sempena Konsert Dangdut Koplo Milenial yang bakal diadakan pada 12 Ogos depan.
Dalam pada itu, diminta pula mengulas mengenai penglibatannya dalam konsert berkenaan yang mungkin bakal dipolitikkan, Baby Shima berkata, soalan tersebut perlu diajukan kepada pihak penganjur.
“Maaf, soalan saya rasa salah… sepatutnya tanyakan pada organizer sebab mereka yang berhempas pulas kerja dengan kos untuk menjayakan konsert ini.
“Kalau kami ni artis yang bekerja untuk menjayakan konsert ini sahaja,” katanya.
Dalam pada itu, Baby Shima juga menjelaskan yang dia tidak melakukan sebarang persiapan bersempena dengan konsert berkenaan.
“Tak ada persiapan. Langgar je. Perform macam biasa. Apa yang keluar waktu persembahan, itu jadinya.
“Saya juga tak sabar untuk beraksi sepentas dan membawa rakan-rakan dari Indonesia untuk bergoyang di Malaysia. Harap genre dangdut dapat kembali memeriahkan industri,” katanya lagi.
Selain Baby Shima, konsert yang bakal berlangsung di Pusat Ekuestrian Bukit Kiara itu turut menampilkan Ani Mayuni seta barisan penyanyi dangdut popular dari Indonesia iaitu Siti Badriah, Fitri Carlina, Hesti Klepek Klepek dan Rhena Morena.
Tiket-tiket bermula pada harga RM168.32 boleh didapati di ticket2u.com.my.