Hiburan

“Aik Sejak Bila Main Bola?” - Selepas Zayn Malek, Daie Syed Disamakan Dengan Pemain Ini Pula!

gempak
Hanafis Haris
17/12/2020
04:10 MYT
Sponsor Banner
“Aik Sejak Bila Main Bola?” - Selepas Zayn Malek, Daie Syed Disamakan Dengan Pemain Ini Pula!

Jika sebelum ini pendakwah selebriti Da’i Syed disamakan dengan penyanyi antarabangsa, Zayn Malek, namun lain pula kali ini.

Terbaru, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Syah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail telah disamakan dengan seorang pemain bola Petaling Jaya City FC (PJFC), Khairil Anuar.

Kekecohan itu timbul apabila kelab bola sepak tersebut memuat naik senarai enam pemain baharu bagi tahun 2021 menerusi Facebook rasmi mereka.

Antara pemain yang berjaya mewakili kelab tersebut adalah Ahmad Khairil Anuar, Faiz Mazlan, K. Prabakaran, Raffi Nagoorgani, Syahmi Zamri dan Tamil Maran.

Walaubagaimanapun daripada enam pemain itu, netizen nampak gayanya lebih tertumpu pada Khairil Anuar yang dikatakan seiras dengan Da’i Syed.

Rata-rata komen netizen mendakwa wajahnya begitu mirip dengan pendakwah tersebut, malah penampilannya yang berambut panjang menjadikan mereka nampak lebih seiras.

“Aik Da’i sejak bila main bola”

“Goodluck Da’i Syed, eh silap Betto”

“Ingat tersilap orang tadi lain macam sama betul” tulis beberapa netizen.

Difahamkan, Pemain PJ City yang dikenali sebagai ‘Beto’ itu meninggalkan skuad ‘The Bos Gaurus’ selepas banyak menghabiskan masa berada di bangku simpanan pada musim lalu.

Menurut Beto, dia berhijrah ke PJ City bagi mendapatkan lebih banyak peluang beraksi bagi memburu tempat dalam skuad Harimau Malaya.

Untuk makluman juga, minggu lalu, Beto mendirikan rumah tangga bersama penyampai radio Hot FM, Zetty Nabila.

Mereka berdua diijabkabulkan di Pejabat Agama Islam Daerah Sepang, 11 Disember

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live