HIBURAN
AIM24: Dayang Nurfaizah, Ernie Zakri & Aina Abdul Mendominasi Pencalonan, Ini Senarai Penuh Finalis
Tiga penyanyi terkenal iaitu Dayang Nurfaizah, Ernie Zakri dan Aina Abdul mendahului Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-24 dengan masing-masing menerima sebanyak sembilan pencalonan.
Dayang tercalon menerusi kategori Rakaman Lagu Terbaik untuk dua karya dendangannya diikuti Rakaman Album Terbaik, Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu (3), Album Terbaik (2) dan Lagu Tradisional Terbaik.
Manakala Ernie tercalon bagi kategori Vokal Wanita Terbaik, Lagu Pop Terbaik, Kolaborasi Artis Tempatan Bersama Artis/Komposer Luar Negara Terbaik, Kulit Single/Album Terbaik, Rakaman Album Terbaik, Rakaman Lagu Terbaik, Video Muzik Terbaik, Runut Bunyi Terbaik Dalam Filem/Drama, Lagu Inggeris Tempatan Terbaik.
Aina pula meraih pencalonan bagi kategori Rakaman Lagu Terbaik, Rakaman Album Terbaik, Kulit Single/Album Terbaik, Album Terbaik (2), Kolaborasi Artis Tempatan Bersama Artis/Komposer Luar Negara Terbaik, Lagu Pop Terbaik, Runut Bunyi Terbaik Dalam Filem/Drama, Vokal Wanita Terbaik.
Selain itu, beberapa penyanyi lain antaranya Datuk Seri Siti Nurhaliza, Hazama, Faizal Tahir menerima sebanyak enam pencalonan merangkumi single serta album yang dihantar untuk dipertandingkan.
Pengumuman itu dilakukan pada sidang media pengumuman calon Top 5 AIM 24 di Hotel Primiera pada Khamis.
Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan Jawatankuasa Penganjur AIM 24, Rosmin Hashim, berkata proses penjurian diurus dan diaudit oleh badan bebas, iaitu Maccom Management Services Sdn Bhd.
“Proses penjurian diurus tadbir oleh badan bebas, Maccom Management Services Sdn Bhd. Mereka kumpul semua pemarkahan dan akan berikan semua pemarkahan kepada juruaudit bebas untuk buat perkiraan markah.
“Apa yang dipersembahkan hari ni adalah calon Top 5 yang dapat markah tinggi. 13 September depan akan umumkan siapa dapat markah tertinggi sebagai pemenang AIM 24,” katanya.
AIM 24 mengumumkan senarai calon Top 5 bagi 26 kategori dipertandingkan iaitu Artis Baru Terbaik, Lagu India Tempatan Terbaik, Lagu Inggeris Tempatan Terbaik, Lagu Cina Tempatan Terbaik, Lagu Nasyid Terbaik, Lagu Pop Etnik Terbaik, Lagu Perpaduan Terbaik, Lagu Tradisional Terbaik, Lagu Terbaik, Album Terbaik dan Video Muzik Terbaik.
Kategori utama lain termasuklah Vokal Lelaki Terbaik, Vokal Wanita Terbaik, Vokal Kumpulan Terbaik, Kugiran Terbaik, Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik, Runut Bunyi (OST) Terbaik Di Dalam Filem/Drama, Lagu Rock Terbaik, Lagu Pop Terbaik, Lagu Rap/Hip Hop Terbaik, Lagu Pop Elektronik/Dance Terbaik dan Lagu Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara.
Sementara itu, empat lagi kategori akan diumumkan pada malam kemuncak AIM 24 yang akan disiarkan secara langsung TV2 dari Arena Of Stars, Genting Highlands pada 13 September depan.
Kategori Artis Baru Terbaik menyaksikan persaingan antara Erika Foo, Intan Maya, Koi, Ryenald Guntabid dan Xone.
Calon Top 5 Vokal Lelaki Terbaik ialah Akim Ahmad, Amir Masdi, Hafiz Suip, Hazama dan Ryenald Guntabid sementara kategori Vokal Wanita Terbaik ialah Aina Abdul, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ernie Zakri, Liza Hanim dan Marsha Milan.
Vokal Kumpulan Terbaik menyaksikan persaingan antara AWLA, Dolla, Inteam, KRU, TE3N. Menerusi kategori Kugiran Terbaik pula lima calonnya ialah Barbarik, Drama Band, Gerhana Skacinta, Mafidz dan Masdo.
Kategori Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik ialah Adira Suhaimi dan Khai Bahar; Akim Ahmad dan Stacy Anam; Faizal Tahir dan Datuk M Nasir; Hafiz Hamidun dan Ruffedge serta Ustaz 3 Beradik dan Fadzil Far East.
Muzik Video Terbaik membariskan karya seperti Damelo dendangan Dolla, Angkat (Mimifly) Ayuh (Malique, Kmy Kmo, Aman Ra & Ernie Zakri), The 20th Floor (Namewee & Wang Lei) dan Vodoo (KRU).
Kategori Runut Bunyi Terbaik Di Dalam Filem atau Drama adalah lagu Kasih Merintih dendangan Aina Abdul, Hasrat (Amir Jahari), Darah Bangsa (Faizal Tahir, Glowrush), Wira Hatiku (Lim Yee Chung) dan Ayuh (Kmy Kmo, Aman RA, Malique).
Lagu Rock Terbaik menyaksikan saingan antara karya Aku Ada dendangan Hazama, Sengaja (Amir Masdi), Rembulan & Pungguk (Hazama), Semacam Pandora (Hazama) dan Saksama (Akim & The Majistret).
Lagu Pop Terbaik adalah Hasrat (Amir Jahari), Jangan Mati Rasa Itu (Aina Abdul), Santai (Faizal Tahir), Rahsia Tuhan (Noh Salleh) dan Aura (Ernie Zakri). Lagu Rap/Hip Hop Terbaik adalah Berlian (Joe Flizzow dan Gard), Cekap (Balan Kash), Dannok (Salammusik dan Namewee), Aku Ingin (Tuju) dan Kuala Lumpur (Balan Kash).
Lagu Pop Elektronik Terbaik menyaksikan saingan antara karya berjudul 99 (FUGO), Angkat (Mimifly), Nada Baru (FLQ dan Yuna), Ruang (Late Night Frequency dan Aiman Nomad) dan Tak Sempurna (Aril dan Nigel Sparks). Lagu Inggeris Terbaik B.D.T (Jaclyn Victor), Drip (Dolla), My Home Is In Your Arms (Daiyan Trisha), The Best (Ernie Zakri) dan Old Love (Yuji dan Putri Dahlia).
Lagu Cina Tempatan Terbaik adalah Eternal Friendship (Firdhaus), Beyond the Stars (Uriah See), Divorce In Ghana (Firdhaus), The Ideal Adult In Our Heart (Brian Chew dan Tan Yin Ern) dan Imperfection (Firdhaus). Lagu India Tempatan Terbaik seperti Arabu Kuthirai (Buggimaan), Ivaldana (Thiban, Unnikrishnan, Aparna Harikumar), Pothum (Sheezay Hashmita), MeenaLoveshini (Buggimaan) dan Deepavali Sudah Mar (Zubir Khan).
Top 5 kategori Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara ialah Hawa dendangan Diana Nazyra, Masih Ku Sayang (HoonDoo), Bertengkar Manis (Rossa dan Barsena Bestandhi), Janji (Aziz Harun) dan Lupakan Cinta (Rossa) sementara kategori Kolaborasi Artis Tempatan Bersama Artis atau Komposer Luar Negara Terbaik Dursila (Meiska), Cinta Tak Pernah Tepat Waktu (Aina Abdul dan Fabio Asher), Naluri (Sekumpulan Orang Gila dan Boniex For Revenge), Masing Masing (Ernie Zakri dan Ade Govinda) dan Sejarah (Datuk Seri Siti Nurhaliza).
Kategori Lagu Nasyid Terbaik ialah Hanya Dia (Aiman Sidek dan Halin Ahmad), Ulul Azmi (Awla dan Jenny Nadhirah Chin), Biar Satu Dunia Tahu (Faizal Tahir dan Mirwana), Kudus Palestin (Lah Ahmad dan Inteam) serta Putusnya Butir Tasbihku (Ustaz 3 Beradik dan Fadzli Far East).
Lagu Etnik Terbaik ialah Menyantun Kasih (Siti Nordiana), Magis (Datuk Seri Siti Nurhaliza), Kalam (Shiha Zikir), Oh Huminodun (Elica Paujin), Cinta Setandan Pisang (Den Manjo dan Eda Ezrin). Sementara Lagu Perpaduan ialah Anak Malaysia (Fahimi, Saixse, Altimet, Zizi, Kiran), Bendera (Faizal Tahir), Terbang (Xpose, Dina Nadzir), Semangat Juara (Faizal Tahir) serta Madani Jiwa Merdeka (Amir Masdi).
Lagu Tradisional Terbaik ialah Rindu Menyapa (Dayang Nurfaizah), Pujuk (Haziq Rosebi, Baby Shima), Kalau Berkasih (Datuk Seri Siti Nurhaliza), Datuk Awie), Penawar Kata (Noraniza Idris, Hazama) dan Canda Citra Cinta (Hazra).
Calon bagi kategori Album Terbaik ialah Janji (Dayang Nurfaizah), Imaji (AIna Abdul), Belagu 2 (Dayang Nurfaizah), Imaji Deluxe Edition (Aina Abdul) dan SITISM (Datuk Seri Siti Nurhaliza).
Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu (Semua Bahasa) ialah Lemah (Dayang Nurfaizah), 我一直都以为我是一个人 (Ryota 片山凉太), Dari Hati Ke Hati (Dayang Nurfaizah), Senyawa (Datuk Seri Siti Nurhaliza) serta Rindu Menyapa (Dayang Nurfaizah). Kategori Kulit Single/Album Terbaik ialah Aura (Ernie Zakri), Jangan Mati Rasa Itu (Aina Abdul), Antonim 1 (Hael Husaini), Di Persembunyian (Satwo) dan Iman (Ismail Izzani).
Kategori Rakaman Album Terbaik ialah Pujangga (Hazama), New Classic (Dolla), Imaji Deluxe Edition (Aina Abdul), Belagu 2 (Dayang Nurfaizah) dan Aura (Ernie Zakri). Rakaman Lagu Terbaik menyaksikan saingan antara karya (Be Mine) Ayda Jebat), Rindu Menyapa (Dayang Nurfaizah), Aura (Ernie Zakri), Akhirnya Bahagia (Dayang Nurfaizah) dan Kamu 2024 Remaster (Aina Abdul).

Senarai penuh finalis