HIBURAN
AIM24: Syukur Dapat 9 Pencalonan, Aina Abdul Anggap Impian Tercapai - “Teringin Nak Pegang Trofi Tu, Pergi Studio Abang Ajai Nampak Banyak…”
Penyanyi, Aina Abdul meluahkan rasa syukur dan terharu apabila mendapat sebanyak sembilan pencalonan di Anugerah Industri Muzik Ke-24 (AIM24) yang bakal berlangsung pada September depan.
Syukur dengan 9 pencalonan
Menurut Aina, pencalonan itu bagaikan mimpi menjadi kenyataan selepas sekian lama memasang impian untuk memegang trofi ikonik tersebut.“Terima kasih diucapkan kepada ketua juri, Datuk Mokhzani dan semua para juri yang terlibat menjurikan saya. Sudah tentu kepada AIM juga kerana memberi platform ini kepada saya,” ujarnya.“Saya rasa gembira, tak sangka kedua-dua versi yang saya release, yang saya hantar itu mendapat tempat iaitu Imaji biasa dan Imaji Deluxe.
Pengiktirafan
Tambah Aina lagi, anugerah AIM cukup dekat di hatinya kerana memberi pengiktirafan bukan saja kepada artis, tetapi juga kepada tenaga kerja di belakang tabir.“Terutamanya kepada penulis lagu, orang-orang belakang tabir dan saya juga orang merupakan orang belakang tabir. Alhamdulillah,” ujarnya.“Memang sudah lama mengimpikan AIM, saya sebenarnya nak rasa pegang anugerah itu sebab apabila saya bekerja dengan sifu saya, contohnya Abang Ajai, saya pergi ke studio dia dan nampak ada banyak trofi anugerah AIM. Jadi saya rasa macam anugerah ini sangat ikonik.
Aina berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pengumuman pencalonan akhir AIM24 bertempat di Hotel Premiera, Kuala Lumpur pada Khamis.
Usaha peminat dan pasukan
Dalam pada itu, Aina turut berkongsi bahawa kejayaan album Imaji memasuki AIM24 adalah hasil usaha bersama pasukan dan peminat setianya yang terus menyokong karya tersebut sejak hari pertama.“Dibuat oleh saya awal, ada lagu yang berusia waktu saya di kolej lagi. Ada dua, tiga lagu yang lama dan lagu baru di tahun itu juga.“Saya rasa ini berkat kerja keras pasukan saya yang menaikkan album itu terutamanya peminat kerana saya percaya, album tu tidak akan boleh ‘bernyawa’ selama ini tanpa jasa mereka.“Album Imaji, the original Imaji, rilis pada 25 Oktober 2023 dan Imaji Deluxe Edition pula 25 Oktober 2024. Jadi, lama perjalanan Imaji ini, dan lagu-lagu dalam Imaji ini sangat bermakna.
“Proses album ini sangat lama dan kalau bukan kerana jasa peminat saya yang terus melonjakkan lagu dan streaming dengan kerap, mungkin juri-juri pun tak terasa bahang Imaji tu. Jadi saya terhutang budi pada peminat saya,” jelasnya.
Berikut merupakan sembilan pencalonan Aina di AIM24:
1.Vokal Wanita Terbaik - Jangan Mati Rasa Itu2.Runut Bunyi Terbaik (OST) Terbaik Di Dalam Filem/Drama - Kasih Merintih
3.Lagu Pop Terbaik - Jangan Mati Rasa Itu
4.Kolaborasi Artis Tempatan Bersama Artis/Komposer Luar Negara Terbaik - Cinta Tak Pernah Tepat Waktu
5.Album Terbaik - Imaji, Imaji Deluxe Edition (2 pencalonan)
6.Rakaman Album Terbaik - Imaji Deluxe Edition
7.Rakaman Lagu Terbaik - Kamu (2024 Remaster)
8.Kulit Single/Album Terbaik - Jangan Mati Rasa Itu
Must-Watch Video