Laman Utama

“Ain Sejenis Penyakit Disebabkan Pandangan Mata” - Kecoh Muat Naik Gambar Bayi, Ini Penerangan Dari Sudut Agama!

gempak
Hanafis Haris
20/04/2021
21:20 MYT
Sponsor Banner
“Ain Sejenis Penyakit Disebabkan Pandangan Mata” - Kecoh Muat Naik Gambar Bayi, Ini Penerangan Dari Sudut Agama!

Kecoh di media sosial apabila gambar dan wajah bayi seorang penyanyi popular didedahkan oleh seorang daripada ahli keluarganya.

Susulan tindakan itu, ramai peminat yang tidak menyenangi perbuatan berkenaaan.

Malah, ada yang menganggap keutamaan keutamaan patut diberi kepada ibu sendiri.

Namun, mengapakah ada sesetengah mereka tidak senang dengan tindakan memuat naik wajah bayi?

Untuk makluman, masyarakat Islam memang selalu didedahkan dengan larangan untuk memuat naik gambar bayi terlalu awal.

Larangan sedemikian mungkin disebabkan kerana khuatir bayi berkenaan terkena penyakit ‘ain.

Apa itu penyakit ‘ain?

Menerusi penerangan dibuat oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, ‘ain ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh pandangan mata.

Orang dengki dan jahat dengan sebab pandangan matanya saja sudah cukup untuk mengenakan orang yang dipandangnya dengan sesuatu penyakit.

Pun begitu, pandangan yang disebabkan kagum dan teruja dan disertai dengan sedikit sifat cemburu juga boleh menyebabkan terkena penyakit ‘ain mengikut Ibn Hajar al-‘Asqalani (Lihat Fath al-Bari, 10/200).

Malah, menurut Ibn al-Qayyim, ”Jiwa orang yang menjadi penyebab ‘ain boleh menimbulkan ‘ain, tanpa hanya dengan penglihatan.

Ini bermakna, ‘ain boleh berlaku hanya dengan perasaan tanpa melihat seperti melalui televisyen dan gambar.

Walaubagaimanapun menurut penjelasan berkenaan, tidak ada larangan secara khusus untuk memuat naik foto bayi di dalam media sosial atau dipertontonkan kerana dikhuatiri terkena penyakit ‘ain.

Ini kerana, penyakit ‘ain boleh berlaku pada sesiapa sahaja dan pada bila-bila masa secara berdepan atau melalui gambar.

Namun, sebagai langkah berjaga-jaga, ibu bapa perlu mengambil serius beberapa hal di bawah:

1. Bagi mereka yang mungkin boleh memberi penyakit ‘ain kepada orang lain, seeloknya mendoakan keberkatan (ucap Barakallahu fik atau tabarakallah) kepada seseorang yang dikaguminya apabila melihat.

Ini adalah berdasarkan saranan Nabi SAW dalam hadith Abu Umamah (Riwayat Ibn Majah, no. 3509).

2.Bagi mengelakkan dan melindungi bayi terkena penyakit ‘ain, bacalah doa yang dibacakan oleh Nabi SAW kepada dua cucunya, Hassan dan Hussain:

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ، مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّةٍ

Maksudnya: “Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna daripada godaan syaitan, binatang berbisa dan daripada pandangan mata yang bersifat dengki.”

(Riwayat al-Bukhari, no. 3371)

3.Tidak melakukan sesuatu yang syirik dan khurafat bagi mengelakkan terkena ‘ain seperti meletakkan gunting dan memakaikan tangkal kepada bayi.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live